Peminat Arsenal Troll Vlahovic Dan Locatelli Yang Berlagak Tolak Arsenal Kerana Nak Main UCL

Peminat Arsenal tidak dapat menahan diri daripada mengusik atau trolling Dusan Vlahovic, selepas Juventus dikenakan pemotongan 15 mata dalam Serie A, dan menamatkan peluang mereka untuk memenangi liga musim ini.

Pada malam Jumaat, diumumkan bahawa gergasi Itali itu akan dikenakan hukuman berat, selepas mereka didapati bersalah atas pelanggaran pengendalian kewangan dan pendapatan.

Mereka mempunyai hak untuk merayu pemotongan itu. Dan optimis bahawa hukuman itu akan ditarik balik.

Namun situasinya sekarang agak sukar. Kerana mahkamah sudah menjatuhi hukuman berat tersebut. Lebih berat daripada yang dicadangkan pendakwaraya yang merasakan pemotongan 9 mata adalah selayaknya untuk Juventus.

Skuad kendalian Massimiliano Allegri sudah ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Napoli, ketika mereka cuba merampas kembali kejuaraan buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun, tetapi itu kini perbezaan mata itu mencecah 25 mata di belakang.

Isu tambahan untuk La Vecchia Signora kini adalah peluang untuk menamatkan di empat teratas dan layak ke Liga Juara-Juara, sesuatu yang paling minimum bagi mereka setiap tahun.

Kini mereka berada dalam kesulitan.

Pemotongan mata mereka kini membuatkan mereka 12 mata di belakang Lazio di tangga keempat, dengan Atalanta dan Roma mengutip mata yang dengan pasukan bimbingan Maurizio Sarri.

Nampaknya agak sukar untuk mereka akan bermain di peringkat teratas bola sepak Eropah musim depan, satu tamparan lagi selepas mereka tersingkir daripada peringkat kumpulan pertandingan dalam kempen semasa, selepas tewas kepada Maccabi Haifa.

Peminat Arsenal menggunakan media sosial untuk mengejek Vlahovic, yang cuba ditandatangani kelab pada Januari lalu tetapi menolak mereka untuk pergi ke Turin.

Alasan Vlahovic adalah dia mahu bermain di UCL dan juga menyatakan bahawa Juventus menawarkan lebih peluang untuk memenangi trofi.

Secara kasarnya, Fiorentino lebih suka dengan tawaran Arsenal yang dikatakan sedikit lebih besar daripada Juventus. Namun Vlahovic mendesak kelab hanya menerima tawaran Juventus atau dia menolak perpindahan ke Arsenal dan kekal di Fiorentina sehingga kontrak dia tamat.

Kini situasinya serba tak kena buat Vlahovic. Selain daripada bungkus awal dalam UCL, dia juga sudah tiada peluang untuk menjuarai Serie A.

Lebih malang, Juventus mahu menjualnya kerana dia tidak berada di prestasi terbaik di bawah kendalian Max Allegri.

Peminat Arsenal sebenarnya kecewa dengan cara Vlahovic melayan bidaan Arsenal pada masa itu. Fiorentina sendiri sudah memberikan kebenaran untuk Vlahovic berbincang dengan Arsenal.

Malang sekali ejen pemain itu menyatakan mereka hanya bercakap dengan Juventus kerana Arsenal tidak bermain di UCL.

Arteta mahu menjadikan Vlahovic sebagai pembelian pentingnya untuk membina semula Arsenal. Namun tidak menjadi kenyataan.

Akhirnya Arsenal mendapatkan Gabriel Jesus. Yang ternyata terus memberikan impak.

Seorang peminat Arsenal menulis: “Dia disingkirkan Villarreal dalam 2 perlawanan pertamanya, tercicir ke liga Europa dalam kempen penuh pertamanya dan kini dia tidak akan bermain [di UCL] musim depan.”

Laporan mendakwa bahawa ejen pemain berusia 22 tahun itu tidak mahu menjawab panggilan Arsenal tahun lalu kerana mereka sudah mencapai kesepakatan secara diam diam dengan Juventus sebelum itu.

Perkara itu agak mengejutkan Arsenal dan Fiorentina sendiri. Di mana Fiorentina akhirnya mendedahkan bahawa Vlahovic hanya akan ke Juventus.

“Saya harap pemain boleh belajar daripada ini dan bertegas dalam pendirian mereka apabila ejen mereka mengelirukan mereka untuk urusan wang.”

Seorang lagi peminat Arsenal berharap kelab tidak mendapatkan Vlahovic. Lebih baik dapatkan Chiesa yang akan menjadi pesaing yang bagus untuk Saka.

Sementara ada lagi seorang peminat Arsenal dengan jujur ​​menyatakan, “Saya menikmati kejatuhannya. Mudah-mudahan dia akan terus  merudum bermua dari sini. Ya, saya seorang pembenci dia sekarang.

Seorang lagi pemain yang turut menolak Arsenal secara terang terangan adalah Locatelli. Di mana dia mengarahkan ejennya tidak mengangkat panggilan daripada Mikel Arteta.

Masih ada peluang bekas penyerang Fiorentina dan rakan sepasukannya boleh layak ke Liga Juara-Juara musim depan, jika mereka memenangi Liga Europa.

The Gunners pula kelihatan tiada masalah layak ke UCL selepas kali terakhir bermain di UCL musim 2016/17. Mereka malah berpeluang untuk menjuarai EPL.

Pada hari Ahad, mereka akan menentang Manchester United, yang merupakan satu-satunya pasukan yang telah menewaskan mereka musim ini.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi