Peminat Atletico Ejek Vini Sebagai Monyet

Vinicius Jr terus menjadi pemain yang menerima ejekan rasis setiap kali berkunjung ke ‘rumah’ jiran sebelah di Wanda Metropolitano.

Sebelum ini dia mendakwa dia diejek dengan gelaran monyet. Kemudian pemain Atletico, Koke pada masa itu memberikan amaran kepada Vini Jr agar tidak menari nari di dalam stadium.

Menurut Koke sikap Vini yang provokatif menjadi punca dia kerap diejek dengan rasis.

Vini pada ketika itu sangat bengang. Seolah olah ada pihak membenarkan isu perkauman dengan alasan tertentu.

Lalu dia meraikan Rodrygo dengan menari di hadapan penyokong di Wanda Metropolitano.

Jika pengurus Barca, Xavi memberikan sokong kepada Vini. Pengurus Atletico, Diego Simeone pula berpendapat sebaliknya.

Menurut Simeone, Sepanyol bukan negara rasis. Sebaliknya meminta Vinicius untuk memperbaiki dirinya kerana usianya yang masih muda.

Pada masa yang sama, Simeone telah berpendapat bahawa ini juga adalah peluang untuk semua orang membetulkan keadaan yang melanda.

Dalam kunjungan Real Madrid ke Atletico semalam, Vini dilihat berperang mulut dengan Diego Simeone.

Dalam perlawanan Copa Del Rey itu, Real Madrid kali ini tewas di tangan Atletico pada masa tambahan 30 minit.

Kedua dua pasukan terikat 2-2 pada 90 minit. Namun pada masa ekstra, Antoine Griezmann dan Rodrigo Riquelme memastikan Atletico berjaya memenangi perlawanan itu.

Di luar stadium, penyokong Atletico mengejek pemain itu dengan cacian rasis.