Barcelona dilaporkan sudah memutuskan untuk menjual Frenkie De Jong pada jendela perpindahan akan datang. Ini kerana kekangan kewangan kelab.
Barcelona memerlukan aliran wang masuk ke kelab itu. Pada masa yang sama mereka juga tidak dapat menawarkan kontrak baharu yang lebih baik kepada bintang asal Belanda itu.
Peminat Barcelona rata rata bersetuju dengan penjualan pemain itu. Menerusi satu undian dibuat oleh Sports ES, lebih 63% mengundi Ya dan selebihnya mengundi tidak.
📊 In a poll conducted by @sport asking 'should Barça sell de Jong for €100m', over 10,000 people participated:
✅ 64% voted 'yes'
❌ 36% voted 'no'pic.twitter.com/7hpE9MapNa— Barça Hub (@_BarcaHub) February 10, 2024
Beberapa tahun lalu Barcelona pernah cuba memaksa De Jong menerima perpindahan ke Manchester United. Namun pemain itu berkeras untuk terus kekal bersama dengan kelab asal Catalan itu.
Seterusnya Xabi Hernandez merupakan individu penting yang menganggap pemain itu penting untuk taktikalnya. Dan pengurus itu pula akan meninggalkan kelab itu selepas tamat musim ini.
Beberapa kelab dikaitkan dengan Frenkie De Jong dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun pemain itu pernah menyatakan bahawa dia dari kecil hidup menyaksikan 3 kelab yang memiliki DNA yang sangat hebat iaitu Ajax sebagai kelab utamanya.
Di Sepanyol dia selalu mengikuti Barcelona dan di England pula dia meminati Arsenal.
How well do you think Frenkie de Jong would suit Mikel Arteta's system? 💬 pic.twitter.com/BvlQsa5xSf
— AFTV (@AFTVMedia) February 10, 2024
Namun Barca tidak akan meletakkan harga terlalu rendah untuk pemain itu. Di mana mereka membayar sekitar €80 juta untuk pemain tersebut.
Erik Ten Hag mungkin juga akan cuba menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan De Jong setelah gagal dalam percubaannya sebelum ini.