Peminat Bengang Bayern Dalam Proses Hijack Dragusin Setelah Spurs Bersusah Payah Berunding Harga

Peminat Tottenham bengang dengan laporan terbaru menyebut Bayern mahu memintas / hijack Spurs daripada mendapatkan Dragusin.

Radu Dragusin sebelum ini berunding dengan Tottenham untuk berpindah ke kelab itu dari Genoa.

Dan Spurs yakin urusan itu akan diselesaikan dalam minggu ini. Spurs siap sedia mengumumkan Dragusin dan Werner pada minggu ini.

Rundingan dengan Geno sangat positif. Namun setelah Genoa dan Spurs mencapai kesepakatan dari segi harga, dilaporkan Bayern telah masuk untuk memintas pemain itu.

Mereka turut menawarkan kontrak kepada Dragusin.  Spurs masih yakin mereka akan mendapatkan pemain itu dengan tawaran terma dan pakej peribadi lebih baik.

Ianya benar benar membuatkan peminat Spurs menyampah. Ini kerana Bayern menurut mereka memang suka memintas rundingan kelab lain pada saat akhir.

Bayern dianggap sengaja memantau rundingan tersebut dan tidak mahu berunding awal. Kerana taktik Bayern adalah, jika mereka yang datang berunding dulu, maka kelab akan meletakkan harga lebih tinggi.

Atau jika ada dua kelab yang berunding pada fasa awal, kelab penjual akan bermain dengan harga.

Oleh itu Bayern membiarkan satu kelab berunding dan mencapai kesepakatan harga. Lalu masuk pada saat akhir untuk memberikan pilihan kepada pemain.

Spurs dikatakan berjaya mendapatkan harga terbaik untuk Dragusin dengan bayaran sekitar £21 juta sehingga £25 juta termasuk bonus.

Perkara yang sama mereka buat sebelum ini. Ini termasuk ketika mereka mendapatkan Kim Min Jae dari Napoli. Setelah Man United mencapai kesepakatan harga dengan Napoli.

Kini Bayern melakukannya pada rundingan Dragusin. Lebih perit untuk peminat Spurs, kerana Bayern sebelum ini dilaporkan mahu mendapatkan Dier dari kelab itu.

Tottenham setuju melepaskan pemain itu pada harga murah ke Bayern dan beralih ke Dragusin.

Tuchel dikatakan peminat tegar Dier kerana dia boleh bermain di pelbagai posisi. Dier juga berminat ke Bayern. Oleh sebab itu Spurs perlu mencari pemain baharu kerana kecederaan dialami beberapa pemain.

Malangnya kini Bayern meletakkan rundingan mendapatkan Dier tergantung sementara. Dan tidak pasti sama ada mereka akan benar benar mendapatkan Dier jika mereka berjaya mendapatkan Dragusin.

Sebelum ini Ange Postecoglou dengan terbuka menyatakan walaupun Spurs mengalami krisis kecederaan namun dia yakin kehilangan Dier bukan satu masalah untuk kelab.

Bayern benar benar berusaha mendapatkan Dragusin yang baru berusia 21 tahun yang dianggap salah seorang bek tengah berprestasi tinggi musim ini.

Bayern turut sedia menyaingi Spurs dari segi bayaran gaji. Dan sudah membentangkan projek kepada pemain tersebut.

Genoa sudah memberitahu pemain itu, sekarang ini terpulang kepada pemain itu sendiri mahu memilih untuk menyertai kelab mana satu.

Dan pemain itu masih memikirkan tentang perkara itu dan dijangka akan membuat keputusan minggu depan.

Peminat Spurs benar benar berharap Dragusin tidak ke Bayern. Lebih lebih lagi pada awal musim ini Bayern mendapatkan kapten kesayangan mereka Harry Kane.