Peminat Bengang: “VAR Yang Nafikan Ukraine Automatik Ke Euro 2024 Bukan Itali”

Peminat Ukraine meroyan di media sosial selepas pasukan mereka dinafikan penalti pada masa kecederaan oleh VAR ketika menentang Itali.

Penalti pada minit ke-90+3 itu, jika diberikan dan masuk, ianya boleh memberikan kemenangan kepada Ukraine.

Kemenangan itu akan melayakkan mereka ke Euro 2024, dan Itali pula akan tersingkir – jika senario itu berlaku. Malang buat Ukraine, kera itu tidak berlaku. Itali yang hanya memerlukan keputusan seri berjaya mara ke pusingan akhir Euro 2024.

@king.daniel0

Šta misliš? #uefa #var #penalty #ukraine #viral #italy #euro2024

♬ оригинальный звук – ❤

Dengan England mara sebagai juara kumpulan C, Itali sebagai naib juara walaupun terikat dengan Ukraine dari segi mata. Namun Itali memiliki kelebihan dari segi rekod pertemuan atau head to head.

Ukraine kini perlu menentukan nasib mereka di pusingan play off kelak. Di media sosial peminat terus mengecam VAR. Dan menegaskan bahawa mereka tidak faham apa fungsi sebenar VAR ini?

Seorang peminat berkata: “Teruk betul keputusan pengadil ini. Ukraine telah dianiayai oleh VAR.”

Seorang lagi menuduh VAR adalah korup macam biasa, dan cuma akan memberikan kelebihan kepada pasukan gergasi seperti Itali.

Sementara itu, seorang lagi menyatakan bahawa alasan pengadil menafikan penalti itu kerana reaksi Mudryk yang dianggap berlebihan. Namun sebenarnya, dengan adanya VAR, penalti itu harus diberikan kerana pemain dengan jelas menerjah kaki dan tidak memenangi bola langsung.

Jadi tidak hairan peminat Ukraine menuduh VAR yang sebenarnya menafikan hak Ukraine ke Euro 2024 secara automatik bukannya Itali.

Keadaan mungkin akan menjadi lebih buruk selepas ini jika Ukraine gagal melepasi pusingan kelayakan kerana pastinya video itu akan ditularkan sekali lagi.

Baca yang lain

Everton Dikembalikan Semula 4 Mata

EFL atau Liga Bola Sepak Inggeris telah memutuskan untuk meringankan hukuman pemotongan mata ke atas Everton. Ini selepas kelab Merseyside itu membuat

Pochettino Mahu Chelsea Tiru Liverpool

Mauricio Pochettino menyatakan bahawa Chelsea harus mengambil pengajaran daripada projek Liverpool di bawah Klopp. Kerana menurutnya, Liverpool dulu pun selalu kalah dalam