Peminat Bengang Werner ‘Big Miss’ Lagi, Ini Statistik 8 Pemain Miss Tertinggi Termasuk Salah, Ronaldo, Lewandowski, Haaland

Musim yang sukar buat Timo Werner musim ini. Apabila pemain antarabangsa Jerman itu terus bergelut dengan ketajamannya di hadapan gol.

Dalam aksi berhadapan dengan Real Madrid semalam, Werner melakukan satu lagi big miss. Di mana beliau melakukan tap in lemah yang berjaya diselamatkan oleh Courtois.

Bermula daripada satu serangan balas, Chelsea mewujudkan situasi yang baik. Mason Mount melencongkan bola ke dalam gawang gol, tetapi terbias pada pemain Real Madrid.

Pulisic kemudian dengan tenang menanduk untuk set up bola kepada Werner. Malangnya, Werner tidak dapat menyempurnakannya.

Reaksi Pulisic menceritakan segala galanya, betapa pemain itu tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya.

Di mana Werner seharusnya menjaringkan gol tersebut dengan mudah sebagai pemain berkelas A.

Peminat Chelsea jelas kecewa dengan penyerang yang telah dibeli dengan harga  £47.5 juta itu.

Admin Twitter Chelsea mengemaskini situasi dengan berkata: “Werner dinafikan dari kedudukan jarak point blank. Peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan.”

Para peminat Chelsea ternyata tidak bersetuju dengan ayat yang digunakan kerana jelas menurut mereka itu adalah ‘miss’ berbanding dengan peluang dinafikan.

Di ruangan komen jelas ramai yang kecewa dan marah kerana ini bukan pertama kali Werner mempersia siakan peluang. Ditambah dengan aksi menarik daripada pasukan Chelsea pada fasa awal permainan, namun dihampakan penyudah seperti itu.

Seterusnya  Chelsea mendahului menerusi Christian Pulisic tidak lama kemudian. Kali ini Pulisic memutuskan untuk melakukan sendiri percubaan walaupun Werner meminta bola.

Ada peminat yang berseloroh menyatakan bahawa Pulisic sengaja pura pura tak nampak kedudukan Werner kerana dia rasa lebih baik dia sendiri yang melakukan percubaan.

Komen Tuchel

Tuchel sedar, Werner baru sahaja melakukan miss berdepan West Ham tempoh hari, dan sekarang melakukannya sekali lagi.

“Ya dia miss peluang terhidang berdepan West Ham dan miss peluang besar sekali lagi di sini.”

“Itu tidak membantunya, dan kalau menangis sekalipun, tetap tak dapat membantu, ataupun kau nak menyesal sepanjang masa.”

“Macam ni la, ada berjuta lagi orang di dunia berdepan dengan kesulitan lebih daripada miss yang kamu hadapi.”

“Jadi inilah keindahan tentang sukan. Esok, dah tiada siapa yang akan kisah kamu bersedih dan marah pada hari ini.”

“Jadi, normallah dia marah, dia mungkin kecewa. Esok dia akan bercuti. Dan hari berikutnya dia akan mendongak sekali lagi.”

“Dia pemain profesional, pemain yang hebat. Dia bekerja keras. Dan tadi dia berada di kedudukan terbaik.”

“Kami tak akan berputus asa untuk terus berjuang dan percaya.”

“Dan saya percaya semua orang menerima apa yang sudah berlaku dengan seadanya.”

“Sebagai penyerang, benda ni mudah je, kalau kamu skor perlawanan berikutnya, orang tak akan bercakap tentangnya.”

Statistik big miss Werner

Ada juga yang merasakan Chelsea seharusnya mendapatkan bekas pemain akademi mereka, Patrick Bamford. Namun statistik menunjukkan Werner dan Bamford memilki rekod miss yang sama – malah gol kurang 1 daripada Werner.

Squawka menyenaraikan 8 pemain dengan miss paling banyak musim ini. Duvan Zapata paling tinggi dengan 28 kali, dengan 13 gol setakat ini.

Di kalangan pemain dengan 20+ miss ke atas, Werner dan Bamford berada di carta kedudukan paling rendah dari segi catatan gol. Werner dengan 8, Bamford dengan 7 selepas kedua dua mereka melakukan 21 miss.

Ronaldo, Lewandowski, Benzema, Haaland, dan Mohamed Salah juga berada dalam senarai 8 teratas. Namun kesemua mereka menjaringkan 18 gol ke atas. Jadi orang akan tutup mata la.

Jelas ini bukan statistik yang baik daripada pemain kebangsaan Jerman itu.

Werner berhadapan dengan masalah keyakinan di hadapan gol. Sebelum ini Thomas Tuchel pernah menyatakan Werner mahu melakukan latihan ekstra untuk penyudah. Tetapi dilarang oleh jurulatih itu.

Werner menjadi tumpuan sekali lagi ketika itu, selepas gagal menyempurnakan peluang terhidang ketika Jerman tewas kepada Macedonia Utara. Joachim Low tanpa berselindung menganggap detik itu sebagai turning point kepada kekalahan mengejut Jerman.

Tuchel: Dia penjaring gol sejati tak perlu training tambahan

Werner berdepan dengan isu tumpul dalam beberapa perlawanan sejak menyertai Chelsea. Memang beliau menjaringkan gol, tetapi tak cukup untuk reputasi yang beliau ada sebelum ini.

Tuchel berkata: “Jika perempuan tak nak keluar dengan kamu, jangan paksa, berundur dan mungkin dia akan menghubungi kamu.”

Tuchel menyatakan buat masa ini, Werner buat la apa sahaja pun, gol itu tetap tak akan tiba jika memang ianya dalam fasa tak nak muncul.

Tuchel menegaskan Werner tak perlu risau dengan gol. Kerana pemain itu ada otak yang memang tahu cara skor. Mungkin sedikit kurang bernasib baik di depan gol pada masa ini.

Werner bergelut untuk menjadi penjaring konsisten sejak berpindah ke Chelsea dari RB Leipzig. Hanya menjaringkan 2 gol dalam 27 penampilan dalam semua pertandingan – dengan harapan setinggi gunung diletakkan kepadanya selepas dibeli £47.5 juta.

Tuchel mempertahankan Werner yang terlepas peluang keemasan ketika menentang Macedonia Utara.

“Pertamanya, tengok la hantara Gundogan – itu cara saya menilainya. Dia terlepas peluang dan sekarang semua orang bersemangat waja bercakap tentangnya, yang bagi saya sedikit merimaskan. Hakikatnya, dia tak bermula dalam 3 perlawanan untuk Jerman, jadi, jika dia ada minit lebih banyak, mungkin dia akan skor lebih banyak.”

“Penyelesaian paling mudah, adalah menuding jari kepada Timo, di mana saya tak faham sepenuhnya, saya tak dapat terimanya. Saya gembira dia kembali ke sana, kerana dia dilindungi, kita meminta terlalu banyak dari dia, kita akan mendapat banyak daripadanya.”

“Ya, masa ini dia ada masalah kurang keyakinan diri. Bola yang biasanya masuk tak masuk, namun dia terus bekerja keras untuk kami semua.”

“Dia menjaringkan gol untuk kami, dia melakukan assist, dia memenangi penalti. Jadi, jika ini isu yang kritikal dalam karier kamu, kamu boleh terimanya dan berkata: Dia sudah cukup bagus setakat ini.”

“Sekarang adalah momen untuk mengabaikan tentangnya, tidak membaca tentangnya, bahkan jangan lakukan latihan tambahan. Saya cakapa kepadanya ketika dia menyatakan nak melakukan latihan tambahan untuk penyudah. Saya kata: ‘Kamu tak perlukannya. Badan dan otak kamu tahu cara skor. Kamu melakukannya sejak berusia 6 tahun. Jadi tak perlu risau, gol itu akan datang sendiri.”

“Perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah bekerja keras dan jangan gentar.”

Ianya memang sukar untuk melihat Werner dalam prestasi pada hari ini. Kerana inilah versi Werner yang dahulu:

Baca yang lain