Luciano Spalletti memang dikenali dengan ketegasannya dalam soal disiplin pemain. Dan dia tidak tunduk dengan generasi baharu Itali yang mungkin tidak selesa dengan caranya.
Semua pemain Itali di Euro 2024 kali ini sudah diberikan amaran bahawa mereka ada 4 larangan utama sepanjang berada di kem pasukan tersebut.
Ini untuk membantu mereka lebih fokus dalam usaha Itali mahu mempertahankan kejuaraan milik mereka. Lebih lebih lagi Itali diletakkan sekumpulan dengan Sepanyol, Croatia dan Albania.
Peminat Itali sendiri ramai tidak percaya dengan 4 peraturan ketat itu. Namun rata rata yang terkejut adalah generasi muda.
Bagi generasi otai, mereka anggap peraturan itu terlalu biasa. Ini adalah 4 peraturan ketat oleh Spalletti.
Pertamanya, pemain dilarang untuk berjalan keluar dengan headphones.
Kedua, pemain pemain Itali dilarang untuk membuat lawak kotor di dalam pasukan.
Ketiganya, pemain dilarang bermain video game pada lewat malam.
Keempat, penggunaan telefon bimbit adalah dipantau. Dan dilarang sama sekali digunakan ketika pemain berada di bilik urut pasukan.
Bagi jadual pasukan pula, 12 tengahari adalah mesyuarat teknikal. Pada 12.45 tengahari adalah waktu makan tengahari. Sementara itu pemain akan berkumpul untuk makan malam pada pukul 8. Kesemua pemain wajib berada dalam pasukan.
Pemain pemain yang melanggar peraturan akan disisihkan daripada beraksi. Atau kesan lebih teruk terus dihantar pulang ke Itali.
Ada peminat menganggap peraturan Spalletti ini sebagai peraturan zaman batu. Dan risau ianya akan membuatkan pemain terlalu tertekan.
Seterusnya, mereka juga mempersoalkan, apa masalahnya pemain dilarang menggunakan headphones?
Namun ada juga yang berkata: “Pemain yang serius mahu bermain bola sepak tidak akan ada masalah dengan peraturan sebegini.”
Kemudian netizen yang lain berkata: “Peraturan yang bagus, ini old skool punya cara.”
Spalletti’s Rules: 🇮🇹😤
-No people walking around with headphones in
-No people who laugh and joke “dirty”
-12pm technical meeting, 12:45 lunch, 8pm dinner
-PlayStations banned (Scamacca would stay up late on it instead of getting rest)
-Limited phone useThoughts? 🤔 pic.twitter.com/k7CKhdMNmf
— Italy Focus 🇮🇹 (@theitalyfocus) June 13, 2024
Ada juga yang menyindir Spalletti bahawa dia bukannya mengendalikan skuad belia Itali. Tak perlu peraturan seperti itu.
Dan yang lain memperlekehkan Spalletti, Itali tetap tak menang kali ini, walaupun peraturan seperti ini dibuat di kem Itali.