Peminat Beri Tabik Hormat Kepada Louis Vuitton Yang Satukan 2 GOAT Dalam Satu Gambar

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi telah membintangi iklan bersama buat pertama kali, apabila disatukan di bawah satu jenama iaitu Louis Vuitton.

Peminat kedua dua pemain seringkali berdebat sampai bergaduh di media sosial untuk mengiktiraf GOAT di antara mereka.

Begitu juga dengan pundit yang seringkali terlibat dalam perdebatan Messi vs Ronaldo yang masih tidak berkersudahan.

Louis Vuitton akhirnya membuat langkah yang luar biasa. Malah dilabel baru sahaja menghasilkan gambar terhebat sepanjang zaman melibatkan 2 GOAT.

Mana tidaknya, gambar itu ada 12 Ballon d’Or di dalamnya. Tiada kombinasi lain yang boleh mengatasi jumlah tersebut.

Malah Messi dan Ronaldo turut memuat naik gambar yang sama di IG mereka. Membuatkan ramai peminat terkesima.

Gambar kedua dua mereka sedang merangka strategi bidak catur di atas beg Louis Vuitton itu dianggap akan menjadi ikonik dan evergreen sampai bila bila.

Walaupun tidak diketahui siapa yang memenangi perlawanan catur itu, Messi dan Ronaldi menggunakan Instagram untuk mengumumkan perkongsian berbayar itu, dengan menulis kapsyennya: ‘Kemenangan adalah keadaan fikiran.’

Kedua-duanya kini sudah bersiap sedia untuk Piala Dunia 2022.

Ramai berpendapat bahawa ini adalah peluang terakhir kedua dua pemain untuk menyelesaikan misi menjadi juara dunia dalam karier mereka.

Ronaldo kini muncul dalam Piala Dunia kelimanya. Menunjukkan betapa evergreen pemain berusia 37 tahun itu.

Messi sebelum ini pernah menyatakan bahawa ini adalah Piala Dunia terakhirnya. Kerana dia mengambil kira faktor usianya yang sudah semakin lanjut.

 

Baca yang lain