Drama Korea The World of The Married terus memikat para penontonnya. Dan beberapa hari lalu, VIU Asia mengumumkan ia sebagai drama paling dicari secara online streaming.
Sebulan Tayangan, World Of The Married Kini Drama Paling Dicari, Pintas Itaewon Class
Ketika ini The World of The Married sudah menendang Itaewon Class daripada tangga kedua sebagai drama paling banyak tontonan di tv swasta Korea Selatan.
Baru baru ini The World of The Married mengumumkan bahawa kesemua episod mereka selepas ini adalah 19+ ataupun untuk 19 tahun dan ke atas.
Di sebalik kemasyhuran drama Korea Selatan tersebut, ada berita yang kurang enak di dalamnya.
Ini apabila ada beberapa pihak mulai menggesa agar peminat K-Drama memboikot drama ini kerana Aktor senior Lee Kyung Young penrah terlibat dalam setiap skandal pelacuran.
Lee Kyung Young merupakan watak antagonis dalam drama ini. Dia dikaitkan dengan kes pelaburan pada 2002. Dan sehingga kini masih bebas daripada kesalahannya
Kyung Young dituduh telah memanipulasi dan mengeksploitasi seorang pelakon wanita di bawah umur untuk berhubungan seks dengannya.
Menurut Korea Boo, Lee Kyung Young mengetahui fakta bahawa gadis tersebut masih remaja. Namun dia meminta gadis itu mengesahkan dirinya sebanyak dua kali dan berjanji akan memberikan dia watak dalam filem terbarunya.
Namun mahkamah memutuskan bahawa Lee Kyung Yong tidak bersalah di atas pertuduhan manipulasi tersebut.
Sebaliknya dia bersalah untuk satu lagi kes melibatkan pelacuran.
Perkara itu membuatkan Lee Kyung Young dipenjara 10 bulan dan dikenakan probation dua tahun. Dia juga diarahkan melakukan kerja khidmat masyarakat selama 160 jam.
Kesannya, Lee Kyung Young telah menyepi daripada industri sehinggalah 2011. Dia mulai kembali ke layar perak dan drama.
Walaupun kes itu sudah lama dan Lee Kyung Young aidaj dipenjara, namun masih ada yang tak berpuas hati.
Ramai yang memberikan kecaman di YouTube yang memaparkan di sebalik tabir drama tersebut.
Ramai yang mempersoalkan siapa yang memberikannya peranan itu? Dan ada yang menganggap drama itu sangat bagus namun castingnya sangat teruk sehingga sanggup mengambil Lee.
“Tak ada lagi ke pelakon lain di Korea ni?” Tegas seorang lagi peminat.
Ada juga yang menyatakan sekarang ini wajah Lee Kyung Young Ada di mana sahaja. Seolah olah pengarah di Korea Selatan lupa akan kesalahan pernah dibuatnya.
Netizen di Korea Selatan memang dikenali dengan sikap bawang mereka yang boleh tahan juga.
World Of The Married terus menjadi drama Korea Selatan yang mendapat tempat di hati peminat.
Ini kerana plot ceritanya yang sarat dengan kisah realiti rumah tangga yang berantakan kerana orang ketiga.
Silap silap haribulan ianya boleh menjadi siri K Drama paling laris sepanjang zaman.
Korang tengok tak drama ni?