Virgil Van Dijk mungkin berdepan dengan masalah daripada UEFA selepas ini. Ianya selepas kapten Belanda itu mengkritik mutu pengadilan oleh pengadil England.
Tindakan itu akan mengundang siasatan oleh UEFA sekiranya ada aduan dibuat oleh badan pengadilan.
Van Dijk tidak berpuas hati gol oleh Xavi Simons dibatalkan ketika aksi Belanda menentang Perancis.
Menurutnya, gol tersebut adalah bersih namun tidak mengejutkan apabila pengadil dari England membatalkan gol tersebut.
Ronal Koeman turut kecewa gol itu dibatalkan: “Jika betul itu ofsaid, kamu tak perlu ambil masa sampai 5 minit menyentuh telinga kamu. Saya tak faham semua ini. Jika kamu ada keraguan, maka berikan sahaja gol.
“Dumfries tidak mengganggu penglihatan penjaga gol kerana Maignan tidak pergi ke arah bola dan dia tak memberikan reaksi kerana dia tak dapat menghalang bola itu.
“Maignan tak akan pernah dapat menjangkau bola itu. Gol ini sah. Sekali lagi, pemain kami tak kacau keeper mereka.”
Reputasi pengadil dari England terus menjadi subjek hangat di kejohanan utama di Eropah termasuk kejohanan benua ini.
Lebih mengejutkan apabila VAR mengambil masa sangat lama untuk memeriksa gol Xavi Simons itu. Selepas penjaga garisan mengangkat bendera menyatakan Denzel Dumfries berada di kedudukan ofsaid ketika Xavi Simons melakukan rembatan.
Ketua pengadil Anthony Taylor mendengar nasihat daripada pengadi VAR, Stuart Artwell untuk memeriksa gol tersebut kerana VAR berpendapat ianya ofsaid.
Selepas beberapa minit semakan, gol dibatalkan. Dan Van Dijk membidas pengadil selepas wisel penamat.
“Kami menjaringkan gol yang bersih. Maignan tidak ada peluang langsung untuk menyelamatkan gol itu. Namun pengadil Inggeris memutuskan untuk membatalkan gol itu.
Peminat bola sepak setuju dengan Van Dijk terutama sekali peminat dari England sendiri yang menganggap mutu pengadilan mereka memang memalukan.
Herman berkata: “Dia betul, pengadil Inggeris sekali lagi menghidupkan reputasi dalam membuat keputusan meragukan.”
He’s right, English referees have to live up to their reputation of questionable decisions….
— Hemant C. Sharma (@hemantcsharma) June 22, 2024
Seorang lagi peminat menganggap VAR di Euro sangat sempurna setakat ini sehinggalah kem Inggeris diketuai Stuart Artwell mengambil alih.
Paddy menulis: “Setiap keputusan pengadil di Euro adalah tepat dan cepat sehinggalah Stuart Artwell pegang itu VAR.”
Ianya dibalas oleh Alex: “Penyokong Forest dah pernah cuba beritahu semua orang,” merujuk kepada tindakan kelab itu melantik pegawai analisis pengadilan sebelum ini kerana teruknya mutu pengadilan di England.
Forest fans tried to tell everyone
— Alex (@redsfanAl) June 21, 2024
Ramai lagi mengkritik Anthony Taylor sebagai perosak reputasi pengadil di Euro 2024.