Peminat Brighton yang marah mengecam bintang Crawley kerana reaksi ‘menjijikkan’ ditunjukkannya selepas bentesan yang bahaya mencederakan pemain baharu mereka.
Peminat Brighton & Hove Albion telah mengecam bintang Crawley Town, Jay Williams selepas bentesan kasarnya dan dianggap boleh menamatkan karier ke atas Matt O’Riley.
Pada hari Isnin, Seagulls telah rasmi menambah bekas pemain Celtic, O’Riley ke dalam skuad mereka dengan bayaran yang tidak didedahkan.
Satu kenyataan berkata: “Kami berbesar hati untuk mengesahkan kelab telah melengkapkan pembelian pemain tengah Matt O’Riley dari Celtic, dengan bayaran yang tidak didedahkan.
“Pemain antarabangsa Denmark berusia 23 tahun itu telah menandatangani kontrak lima tahun sehingga Jun 2029 dengan Albion, tertakluk kepada pelepasan antarabangsa.”
Sehari selepas menandatangani kontrak dengan kelab itu, pemain Denmark itu disertakan terus ke dalam kesebelasan utama Brighton oleh Fabian Hurzeler untuk perlawanan Piala Carabao menentang Crawley.
Bagaimanapun, kurang daripada 10 minit ke penampilan sulungnya, O’Riley menerima cabaran kuat daripada pemain tengah Crawley, Williams. Pemain berusia 23 tahun itu dipaksa dikeluarkan hanya selepas 9 minit debutnya bersama kelab baharunya.
Sementara itu, Williams berjaya kekal di atas padang dan hanya dilayangkan kad kuning. Dan dia sempat tersenyum sinis selepas membentes lawannya dengan bentesan yang dianggap mengunci buku lali lawan yang bahaya.
Atrocious tackle from Jay Williams on Matt O’Riley, no attempt to play the ball, high tackle. Should be off with a red card! #BHAFC pic.twitter.com/fpdvUEXknI
— Golden Gate Seagulls (@GoldenGateGulls) August 27, 2024
Di media sosial, peminat kemudian melihat reaksi jelas Williams terhadap cabarannya terhadap O’Riley.
Seorang peminat berkata: “Jay Williams dari Crawley Town selepas mencederakan Matt O’Riley. Karma akan datang kepada kamu.”
Seorang lagi tweet: “Jay Williams mengalu-alukan tandatangan Brightons £25 juta dengan cara yang paling Crawley sekali.”
Peminat ketiga menambah: “Jay Williams anda tidak akan dilupakan.”
Peminat yang lain berkata: “Menjijikkan daripada Jay Williams, tersenyum dan mengenyit mata selepas mencederakan rakan profesional. Tiada kelas.”
Selepas menandatangani O’Riley, bos Brighton Hurzeler berkata: “Dia memainkan peranan yang sangat penting dengan kepakarannya; dia sangat pandai menempatkan diri di posisi terbaik dan menyerang ruang yang betul. Dia suka membuat larian dari dalam, dan tahu bila untuk menyerang pada masa yang sesuai.
“Dia seronok untuk ke hadapan dan menyerang kawasan penalti lawan, tetapi dia juga mempunyai naluri pertahanan yang baik. Keseimbangan itu menjadikannya istimewa. Dia adalah watak yang hebat, dan mempunyai cita-cita yang baik untuk berjaya dan itu sesuatu yang sangat penting bagi kami.”