Peminat Chelsea Kecam Post IG Story Drinkwater Selepas Pemecatan Lampard

Penyokong Chelsea telah mengecam Danny Drinkwater setelah pemain tengah itu memuat naik gambar dirinya meraikan sesuatu selepas berita Frank Lampard akan dipecat.

Lampard kehilangan pekerjaannya pada hari Isnin dan dijangka akan digantikan oleh Thomas Tuchel, mantan ketua jurulatih Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain.

Tuchel diharap dapat duduk di bangku pengurus pada aksi menentang Wolves pada hari Rabu.

Fabrizio Romano menegaskan pemecatan Lampard itu adalah kerana ramai ahli lembaga pengarah Chelsea yang marah dengan prestasi pasukannya selepas berbelanja sangat besar.

Chelsea kini berada di kedudukan kesembilan dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris, 11 mata di belakang pendahulu liga, Manchester United.

Dan lembaga pengarah kelab telah memutuskan bahawa masa Lampard di Chelsea sudah tamat, walaupun kemenangan 3-1 ke atas Luton Town dalam Piala FA.

Tidak lama selepas berita mengenai pemecatan Lampard itu diumumkan, Drinkwater dikritik oleh peminat Chelsea untuk posting yang dia muat naik ke Instagram story-nya.

Pemain tidak diperlukan Chelsea itu yang baru-baru ini bergabung dengan pasukan Turki Kasimpasa secara pinjaman. Dan dia menyiarkan gambar keraiannya dengan jersi Leicester.

Peminat Chelsea menganggap tindakan Drinkwater itu menunjukkan dirinya seorang yang teruk.

Danny Drinkwater kemudian memuat naik status menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud meraikan pemecatan Lampard.

Drinkwater berkata: “Rasanya itu adalah reaksi  yang agak pelik, saya tak mendengar berita pun sebelum saya memuat naik post itu.”

“Saya cuma rindu nak bermain bola.”

“Pengurus [Lampard] merupakan rujukan saya dan juga seorang yang sangat hebat sebagai seorang pemain.”

Tetapi peminat Chelsea tidak menerima alasan itu. Mereka meminta kelab mengambil tindakan tatatertib ataupun menamatkan kontrak pemain tersebut.

Danny Drinkwater gagal mendapat tempat dalam skuad Chelsea selepas musim cemerlang di Leicester.

Kisah dia agak mirip dengan Paul Pogba yang sebelum ini memuat naik gambar dengan reaksi seolah olah menyindir ketika Jose Mourinho dipecat daripada jawatannya di Man United.

Pogba kemudian menyatakan bahawa gambar ‘sila bagi kapsyen’ tersebut sebahagian daripada kempen iklan Adidas dan sudah dijadualkan terlebih dahulu.

Pada ketika itu juga ramai peminat Man United tidak menerima penjelasan tersebut. Lebih lebih lagi Pogba kemudian memadam post tersebut.

Jika benar ia dari Adidas, takkanlah Pogba sanggup memadamkannya.

Pogba menjadi pemain yang dilabel oleh Mourinho sebagai virus dalam pasukan. Pogba dan Mourinho tidak sehaluan sebelum pemecatan The Special One.

 

 

Baca yang lain