Peminat Dari Indonesia Ini Sampai Menangis Tengok Sendiri ‘Background’ Mechamato

Seorang peminat tegar animasi Mechamato dari Indonesia terharu dapat melihat sendiri bandaraya Melaya yang menjadi salah satu latar tempat dalam filem animasi tersebut.

Berkongsi di media sosial miliknya, peminat dari Indonesia itu berkata: “Inilah kali perta saya datang ke Malaysia. Tak pernah membayangkan bahawa saya akan dapat melihat sendiri set animasi Boboiboy dan Mechamato di dunia nyata.”

“Sampai menangis kerana terlalu teruja, btw, saya dan adik saya telah menjadi peminat dunia sfera kuasa sejak berusia 11-12 tahun lalu. Dan inilah pencapaian terbesar kami setakat ini, huhu.”

Puffie kemudian menunjukkan gambar Bandaraya Melaya dan juga perbandingan dengan latar belakang digunakan dalam filem animasi Mechamato.

Di ruangan komen peminat animasi dari Malaysia mengucapkan selamat datang kepada Puffie dan adiknya. Dan mereka juga berharap agar kedua duanya menikmati pelancongan mereka di Melaka.

Mechamato merupakan filem animasi yang ditayangkan pada 2022. Menurut laporan Mstar Online, pada akhir tahun 2022, filem animasi itu meraih kutipan lebih RM30 juta.

Ianya mengisahkan tentang seorang budak remaja bertemu dengan sfera kuasa yang ada kemampuan untuk mengubah objek di sekitarnya secara mekanikal.

Baca yang lain