Peminat Garuda Serang Page AFF Dituduh Berkomplot Memihak ‘Nguyen Mafia’

Peminat Indonesia ternyata tidak gembira dengan berita terbaru melibatkan pemain pertahanan mereka Elkan Baggot yang diarahkan kuarantin.

Ini kerana Elkan dilaporkan berada dalam pesawat yang ada kes pandemik. Namun peminat Indonesia ternyata kecewa dengan berita tersebut.

Hal ini kerana sebelum ini PSSI melaporkan bahawa Elkan Baggot sebagai negatif selepas ujian yang dijalankan.

Kerajaan Singapura sudah mengeluarkan surat arahan kuarantin wajib 10 hari kepada Elkan Baggot walaupun pemain itu negatif sekalipun. Hal ini kerana seorang penumpang yang sama naik pesawat bersama Elkan disahkan negatif.

Berita itu membuatkan peminat Indonesia mengamuk. Mereka mulai menuduh AFF sengaja memihak kepada Vietnam.

Di mana setiap pasukan yang berhadapan dengan Vietnam pasti akan ada pemain yang diarahkan kuarantin.

Di page Facebook rasmi AFF, para peminat Indonesia spamming comment walaupun dalam post yang tiada kaitan dengan Indonesia dan Vietnam.

Pengguna Wawewow berkata: “Pertandingan ini sangat tak adil. Setiap pasukan yang akan berdepan dengan Vietnam sentiasa ada pemain yang disyaki cov id.”

“Elkan Baggot adalah pertahanan terbaik Indonesia hari ini dikuarantin. AFF sila periksa benda ni dan mulalah berlaku adil.”

 

Komen itu dibalas oleh peminat Vietnam yang menyatakan bahawa persiapan yang tidak rapi Indonesia dan Malaysia punca kenapa ada pemain mereka terkena wabak tersebut.

Namun peminat Indonesia yang lain mendakwa Nguyen adalah mafia. Membuatkan AFF tunduk kepada mereka.

Tidak berdiam diri, seorang lagi peminat Vietnam masuk dan menyatakan bahawa: “Bukan ke orang Indonesia selalu melabel Vietnam ni miskin ke. Jadi, macamana Vietnam mampu beli AFF? Kau salahkan Malaysia la,” entah tiba tiba jadi salah Malaysia pula. Mungkin sebab pejabat AFF di Kuala Lumpur?

Seterusnya mereka menggunakan hastag #MafiaAFF kerana sangat marah dengan berita bahawa Elkan Baggot dikuarantin menjelang aksi panas berdepan dengan Vietnam.

Di mana kedua dua pasukan setakat ini sudah memulakan kempen dengan sangat cemerlang sekali.

Kedua dua pasukan ‘free scoring’ di hadapan gol.

Koch Bagyo kemudian mengesyaki bahawa ada bookie yang mempengaruhi pertandingan kali ini. Dan mahu Indonesia tersingkir awal daripada Piala AFF 2020.

Bukan itu sahaja, mereka turut mempersoalkan, kalaui Elkan dikuarantin hanya kerana satu pesawat walaupun dia negatif, bagaimana pula dengan Safawi Rasid? Pemain yang sebilik dengan Akhyar Rashid yang sebelum ini disahkan positif.

Alvan berkata:

Elkan tested Negative Covid
Only one boarding with one suspect positive
He must Quarantine
Safawi one room with positive suspect Akhyar
No quarantined
Such an unfortunate faith and rules
Big loss before vs Vietnam

“Elkan disaring negatif. Hanya ada seorang yang saspek positif dalam pesawat. Dia kena kuarantin pula.”

“Safawi satu bilik dengan Akhyar yang positif, tiada kuarantin. Ini peraturan yang sangat malang sekali. Kekalahan besar sebelum aksi berdepan dengan Vietnam.”

Komen itu dibalas peminat Malaysia yang menyatakan bahawa sebelum bermula, sudah ada 4 pemain dikuarantin.

Elkan Baggot merupakan ayam tambatan Indonesia di barisan pertahanan. Pemain tersebut beraksi untuk Ipswich Town di Liga Inggeris. Dan beliau tiba di Singapura menerusi penerbangan dari London.

Indonesia akan turun berdepan dengan Vietnam pada perlawanan esok. Dan ianya dianggap perlawanan yang boleh menentukan siapa juara kumpulan kali ini.

Selepas aksi berdepan Vietnam, Indonesia akan turun berdepan dengan pasukan Malaysia pula dalam aksi derbi Nusantara yang sentiasa panas.