Peminat Geli Hati Tengok Garnacho Menganjing Di Maria Dengan Keraian CR7

Alejandro Garnacho dipercayai telah menganjing Angel Di Maria ketika meraikan golnya.

Garnacho sekali lagi meraikan gol dengan gaya Cristiano Ronaldo ketika aksi menentang West Ham United semalam.

Di mana pemain kebangsaan Argentina itu duduk di atas papan iklan yang mirip kepada keraian CR7 ketika dia meraikan golnya di Real Madrid satu ketika dahulu.

Garnacho mencetak dua gol ke atas West Ham. Sementara satu lagi gol Red Devils adalah menerusi Birthday Boy, Rasmus Hojlund.

Kenapa keraian gol oleh Garnacho itu dianggap menganjing Di Maria? Ianya kerana beberapa hari yang lalu Di Maria secara terbuka mengkritik keraian gol Garnacho dengan gaya Ronaldo termasuk siuuu sebelum ini.

Di Maria antara pemain yang bergandingan bersama sama Messi dalam skuad kebangsaan sejak muda lagi. Mereka pernah memenangi emas Olimpik dan Piala Dunia bersama sama. Menguatkan status Di Maria dan Messi sebagai legenda moden Argentina.

Perseteruan antara Messi dan Ronaldo turut melibatkan sentimen di kalangan rakan sepasukan terutama sekali yang bermain dalam satu pasukan kebangsaan Argentina.

Di Maria menganggap Messi adalah GOAT dan harus dihormati oleh pemain pemain Argentina yang lain. Jadi dia benar benar tak selesa ada pemain Argentina yang meraikan gol dengan gaya Abang Do.

Messi dan Ronaldo telah menjadi pesaing ketat ketika era domiman mereka di Eropah sebelum ini terutama sekali ketika masih bermain untuk Real Madrid dan Barcelona.

Di Maria bercakap kepada wartawan: β€œSatu satunya perkara yang saya tak akan buat adalah keraian Cristiano Ronaldo. Saya akan lebih suka untuk menjaringkan gol dan meraikannya seperti Messi.”

β€œSeorang yang paling menyampah dengan benda ni, dan bercakap dengan dia [Garnacho] dalam Bahasa Sepnayol ialah Rodrigo De Paul. Dan dia lah yang paling menyampah dengan benda benda macam ni. Biasalah tu kan.”

Maka ramailah netizen percaya bahawa keraian gol ini adalah ditujukan kepada Di Maria yang dianggap ada masalah hati busuk ke atas Garnacho.

Garnacho pernah menyatakan bahawa dia peminat tegar Cristiano Ronaldo yang menjadi idolanya sejak di bangku sekolah lagi.