Peminat Hamilton: “Menang Dengan Cara Menipu Bukan Menang Namanya”

Max Verstappen secara rasminya menamatkan dominasi dan monopoli Lewis Hamilton yang sebelum ini memenangi 8 kejuaraan dunia F1 berturut turut.

Lebih dramati, Verstappen melakukannya di pusingan terakhir dalam aksi di litar Abu Dhani. Aksi dramatik itu membolehkan pelumba dari Belanda itu menjuarai F1 pertamanya dalam sejarah kariernya.

Lewis Hamilton dan Max Verstappen terus bersaing sehingga ke akhir perlumbaan. Namun peminat Hamilton mengecam kejuaraan Verstappen musim ini sebagai kotor dan tidak boleh diterima.

Ada yang menuduh keputusan perlumbaan musim ini sudah dirancang untuk tujuan hiburan semata mata bagi menarik penonton untuk menyaksikan sukan F1.

Peminat Hamilton kecewa kerana menurut mereka Verstappen menipu dengan mengambil kesempatan untuk menukar set tayar baharu ketika perlumbaan dikawal oleh kereta keselamatan / safety car untuk mengeluarkan serpihan kereta Lafiti yang kemalangan.

Pada ketika sesi kereta keselamatan itu, Hamilton berada di hadapan dan Max Verstappen di tempat kedua.

Tindakan itu diktakan memberikan kelebihan kepada Verstappen. Dan mereka meminta Formula 1 membatalkan kemenangan Max Verstappen.

Mereka juga merasakan peraturan safety car dan tindakan Verstappen menukar tayar telah menjadi sebab utama pelumba itu memenangi perlumbaan yang menjadi penentu kejuaraan.

Justin Allen berkata: “Verstappen sememangnya menjadi juara F1 paling bernasib baik. Sememangnya tidak layak langsung dia juara. Peraturan kereta keselamatan dan pertukaran tayar melengkapkan lagi semua ini.”

Sean Reid menganggap ini adalah keaiban terbesar dalam sukan dan satu skandal. Sambil menyatakan bahawa Lewis Hamilton adalah juara sejati.

Sebelum ini Max Verstappen dilihat menyentuh bahagian ‘sayap’ kereta Hamilton. Dan mengikut peraturan F1, tiada sesiapapun dari pasukan lawan yang dibenarkan melakukan pemeriksaan ke atas kereta pasukan lain.

Namun peminat Hamilton mendakwa F1 sengaja tutup mata sebab Verstappen adalah anak emas mereka.

Lantas mereka mengiktiraf Hamilton sebagai juara sebenar di hati mereka.

Persaingan antara Hamilton dan Verstappen benar benar panas musim ini. Sebelum ini pasukan Red Bull menuduh Lewis Hamilton sengaja menyebabkan kemalangan pelumba mereka kerana mahu menewaskan pesaingnya lebih awal.

Seminggu yang lalu pula pasukan Mercedes menuduh Max Verstappen sebagai memalukan kerana dengan sengaja menyebabkan bahagian ‘sayap’ keretanya rosak.

Berikut beberapa kronologi panas persaingan Max Verstappen dan Lewis Hamilton musim ini.

May 9: Spain – Di Barcelona menjadi perlumbaan dimenangi Hamilton dengan baki 6 pusingan lagi.

May 23: Monaco – Selepas memenangi posisi pole, Charles Leclerc menarik diri kerana tak dapat berlumba bermakna tempatnya milik Verstappen starting from pole. Max Verstappen memenangi perlumbaan.

June 20: France – Max Verstappen sekali lagi mengatasi Hamilton selepas pelumba itu mengalami masalah pada tayarnya.

July 18: The United Kingdom – Perlumbaan kali ini panas. Apabila kedua duanya berlanggar. Di mana Verstappen terbabas sehingga ke tembok pada kelajuan 180mph, impak yang digelar 51G.

Team Verstappen menuduh Hamilton dengan sengaja melakukan kontak. Hamilton didapati bersalah dan dikenakan penalti 10 saat. Namun Hamilton tetap menang walaupun dikenakan penalti.

CEO Red Bull, Christian Horner mengecam keraian Hamilton yang menurutnya langsung tak memikirkan nyawa Verstappen yang hampir melayang kerananya. Verstappen masuk hospital. Detik yang menjadi permulaan kepada permusuhan sebenar mereka.

Sept. 12: Italy – Kedua – dua pelumba terlibat dalam kemalangan besar sekali lagi buat kali kedua.  Verstappen dan Hamilton bertemubung dengan kereta Verstappen hampir mendarat atas kepala Hamilton. Malah ada yang menyatakan bahawa Hamilton hampir hilang kepala kerana kemalangan itu.

Verstappen didapati bersalah dan dikenakan penalti 3 grid dalam perlumbaan berikutnya.

Oct. 24: United States – Kali ini dalam sesi latihan kedua duanya sekali lagi terlibat insiden panas apabila Hamilton hampir menggesel kereta Verstappen dan Verstappen memanggil Hamilton sebagai bongok menerusi radio pasukannya.

Verstappen menang dan mulai melebarkan jurang mata di atas carta.

Nov. 14: Brazil – Hamilton bermula di petak kesepuluh dan cuba mengejar Verstappen. Namun Verstappen dilihat cuba menolak Hamilton keluar dari trek. Namun tiada salah laku yang dikenakan ke atas Verstappen. Hamilton turut memenangi perlumbaan tersebut.

Dec. 5: Saudi Arabia – Max Verstappen cuba memeastikan Hamilton tidak berada di pole position dalam sesi kelayakan.

Dalam perlumbaan sebenar, Max Verstappen melakukan aksi brek berbahaya yang menyebabka sayap kereta Hamilton rosak. Verstappen dikenakan penalti 10 saat. Namun masih cemerlang menamatkan perlumbaan di tangga kedua di belakang Hamilton.

Team Hamilton melabel Verstappen sebagai seorang yang memalukan.

Ketika keraian podium, Verstappen terus pergi dan membiarkan sahaja Hamilton dan rakannya meraikannya.