Peminat Barcelona menghantar gift di TikTok kepada akaun TikTok rasmi kelab untuk membantu membeli Nico Williams.
Gandingan luar biasa Nico Williams dan Lamine Yamal yang membantu Sepanyol memenangi Euro 2024 telah menguatkan lagi semangat peminat Barca mahu melihat pemain itu datang ke kelab mereka.
Nico Williams telah menjadi penjaring gol pada aksi final Euro 2024 menentang England yang menyaksikan Sepanyol juara selepas menang 2-1.
Nico Williams kini menjadi sasaran banyak kelab. Sebelum ini ejen Nico Williams menyatakan bahawa bintang muda Athletic Bilbao itu ada klausa pelepasan sekitar €58 juta sahaja.
Athletic Bilbao sudah memberitahu bahawa mereka tidak mahu menjual pemain itu. Tetapi presiden Barcelona, Joan Laporta sudah menyatakan bahawa dia menyukai Nico Williams.
Dengan prestasi cemerlang Nico Williams dan Euro serta hubungan serasinya dengan Lamine Yamal di dalam dan di luar padang, kini pemain muda itu berada dalam radar Barca.
Dan pemain itu memberikan lampu hijau bahawa dia berminat untuk menyertai Barcelona. Tetapi kekangan utama Barcelona adalah kewangan kelab itu yang masih tidak stabil.
Akhirnya peminat peminat Barca menghantar hadiah kepada akaun TikTok kelab mereka dan menulis komen itu untuk membeli Nico Williams.
Barcelona fans are sending donations on TikTok to the team telling them to buy Nico Williams 😂💀 pic.twitter.com/vBBsiCjGiW
— ESPN FC (@ESPNFC) July 18, 2024
Barcelona sebelum ini dalam usaha untuk mengurangkan bil gaji pemain mereka untuk membantu mereka mendapatkan pemain yang baharu serta menampung kos untuk melanjutkan kontrak beberapa pemain.
Laporta turut menjelaskan bahawa mereka masih berusaha untuk memastikan Barca memiliki status akaun FFP yang baik sebelum mendapatkan pemain seperti Nico Williams.
Pemain yang boleh bermain di sayap kiri dengan kepantasan dan kelincahannya.