Peminat Imbas Detik Kecerdasan Otak Zlatan Dalam ‘Switch Play’ Untuk Gol Kejuaraan United

Zlatan Ibrahimovic salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak. Dan dia pernah bermain untuk Man United sebelum berpindah ke LA Galaxy dan kembali semula ke Eropah.

Ketika di Man United dia memberikan impak tersendiri dengan kualiti dan pengalamannya. Satu video menunjukkan betapa cerdiknya Zlatan dalam taktikal telah ditularkan semula.

Dalam aksi menentang Southampton pada final Piala EFL, pada kedudukan 2-2, Zlatan berjaya melakukan clearance ketika pasukannya diancam. Dan kemudian dia bergerak menjadi pemain yang merencana serangan balas.

Dia sangat tenang dan meletakkan dirinya di kedudukan pemain no.10 terlebih dahulu. Tidak terburu buru untuk masuk ke dalam kotak penalti. Menunggu struktur formasi pasukannya lebih baik, dan perlahan lahan dia menyusup masuk di depan penjaga gol.

Dia sebelum itu melakukan permainan kombinasi dengan pemain pemain lain. Dan ketika bola tiba dalam kotak penalti dia melonjak untuk menanduk masuk. Cara dia membaca permainan itu mendapat pujian netizen.

Jika dia masuk terlalu awal, pemain pertahanan lawan akan terus fokus kepadanya disebabkan dia target man besar gedabak.

Selain itu peminat juga memuji cara dia transformasi peranan daripada seorang pertahanan kepada pemain tengah dan penyerang memang luar biasa. Disebabkan kelajuannya tidak seperti dulu lagi, dia menunggu sokongan pemain lain tiba dan mengekalkan bola dengan sebaik mungkin ketika serangan balas.

Saksikan video itu di sini: