Peminat Indonesia Klaim Nia Ramadhani Mirip Han So Hee

Drama World of the Married telah menjadi satu fenomena pada ketika ini. Malah ramai yang membincangkan tentang drama itu di platform media sosial.

Drama mengenai kisah rumah tangga yang ada orang ketiga. Ianya sarat dengan konflik dan juga penuh dengan drama.

Ketika ini drama World Of The Married sedang berada di ranking carian tertinggi di Viu Asia. Ianya benar benar menjadi fenomena.

Di Indonesia, warganet mereka mulai terperasan bahawa Nia Ramadhani mirip kepada aktres Han So Hee yang memainkan watak Da Kyung.

Nia Ramadhani memang sentiasa menjadi perhatian netizen sama ada di Indonesia mahupun Malaysia.

Ini kerana wajahnya yang cantik dan juga bakat lakonannya. Nia Ramadhani mulai menempa namanya menerusi drama Bawang Putih Bawang Merah.

Nia Ramadhani kerapkali berkongsi photoshoot beliau yang terkini. Dan terbaru, beliau memuat naik satu gambar potret. Netizen di Indonesia mulai jadi tak keruan apabila wajahnya dikatakan mirip kepada Han So Hee atau Da Kyung.

Malah berita itu turut dikongsi oleh beberapa portal hiburan di Indonesia. Mereka ternyata tidak menyangka selama ini Nia Ramadhani mirip kepada Han So Hee yang kini sedang meniti bibir peminat drama Korea Selatan di seluruh dunia.

Ternyata Nia Ramadhani mendapat perhatian sekali lagi daripada warganet. Dengan gaya yang mirip Han So Hee itu.

“Kalau sama Da Kyung, jauh cantikan Nia,” ungkap seorang warganet.

“Mirip sama Han So Hee,” kata warganet lain.

“Da Kyung. Coba rambutnya merah,” tulis seorang lagi warganet.

“Bakal jadi Yeo Da Kyung Indonesia,” tegas seorang warganet.

Mana tahu kan, selepas ini ada versi remake untuk World Of The Married, seperti mana filem Miracle Cell No.7 yang ada versi Indonesia.

Nia Ramadhani

Prianti Nur Ramadhani atau yang lebih dikenali sebagai Nia Ramadhani lahir di Jakarta, tanggal 16 April 1990.

Beliau adalah seorang wanita yang berdarah Sunda. Nia dan kakaknya (Thalita) dibesarkan oleh ibunya, setelah orang tua mereka, Priya Ramadhani dan Chanty Mercia bercerai ketika Nia masih berusia 8 tahun.

Nia mulai menceburkan diri dalam bidang seni pada 1995 sebagai penari cilik. Beliau kemudian terlibat dalam lakonan berusia 15 tahun. Namanya mulai melambung saat membintangi sinetron Bawang Merah Bawang Putih yang turut dibintang Dwi Yan, Dimaz Andrean serta Revalina S. Temat.

Sejak daripada hari itu, hidupnya berubah dan menjadi salah seorang pelakon kelas A di Indonesia.

Setelah berkahwin dengan Ardi Bakrie, Nia memutuskan untuk berhenti dari dunia lakonan. Pada Oktober 2010, Nia dengan rasminya menukar namanya kepada Ramadhania Ardie Bakrie.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Baca yang lain