Peminat Indonesia Label Fabrizio Ramano Sebagai ‘Fraudzio’ Sebab Letak Bendera Belanda Pada Maarten Paes

Peminat Indonesia bengang dan menyerang akaun X Fabrizio Romano gara gara meletakkan bendera Belanda pada berita perpindahan Maarten Paes.

Maarten Paes merupakan pemain kacukan / warisan Indonesia. Dan peminat Indonesia benar benar kecewa dengan tindakan Fabrizio Romano yang meletakkan bendera Belanda sebagai negara Paes.

Dalam laporannya Fabrizio Romano menulis: “Empoli menghantar tawaran rasmi kepada Dallas FC untuk penjaga gol Belanda, Maarten Paes.

“Rundingan berjalan untuk kontrak secara pinjaman namun mandatori untuk klausa beli, dengan Dallas FC mahukan perpindahan tetap. Terma peribadi sudah dipersetujui,” tulis Fabrizio Romano.

Peminat Indonesia meminta Fabrizio Romano segera menukarkan bendera Belanda dengan Indonesia.

Kemudian ada yang melabel Fabrizio Romano sebagai Fraudzio kerana info yang tidak betul berkenaan dengan bendera Indonesia:

Maarten Paes merupakan penjaga gol kelahiran Nijmegen, Gelderland, di Belanda. Jadi sebab itu Fabrizio Romano menganggap pemain itu adalah pemain Belanda. Fabrizio Romano tidak tahu yang pemain tersebut sudah warisan Indonesia.

Paes juga merupakan penjaga gol yang memiliki 2 kerakyatan iaitu Belanda dan Indonesia. Penjaga gol berusia 25 tahun itu akhirnya memilih untuk mewakili Indonesia berbanding dengan Belanda.

Dalam kariernya, Paes perna mewakili Belanda di peringkat B-18 dan B-19. Kemudian dia muncul dalam 6 kaps kebangsaan untuk Belanda. Namun bukan aksi kompetitif.

Itu membolehkan dia memilih status kewarganegaraannya. Dan akhirnya dia memilih Indonesia. Dia diumum sebagai rakyat Indonesia secara rasmi dalam satu majlis angkat sumpah di Jakarta pada 30 April lalu.

Sebab itulah peminat bola sepak Indonesia sukar memaafkan kesilapan dibuat pakar perpindahan eropah itu di dalam laporannya.

Selain itu ramai juga yang gembira mendengar berita tersebut. Bukti bahawa penjaga gol tersebut adalah penjaga gol yang hebat dan mampu menarik minat kelab daripada liga Eropah.

Paes yang masih berusia 25 tahun dianggap penjaga gol yang sangat berkualiti dan banyak ruang untuk membangun. Dia akan menjadi penyelesaian kepada isu penjaga gol yang seringkali menjadi subjek kritikan di Indonesia terutama sekali dalam perlawanan besar.