Peminat Itali Harap Mereka Dapat Klaim Tempat Ecuador Di Piala Dunia, Apakah?

Nampaknya peminat Itali masih tidak putus asa mahu melihat pasukan mereka beraksi di Piala Dunia.

Sebelum ini peminat Gli Azzurri itu berharap pasukan mereka akan beraksi di Piala Dunia menggantikan Iran.

Walaupun peluang itu tipis, tetapi ia dianggap peluang yang sangat baik untuk Itali – jika FIFA memilih untuk menyingkirkan Iran daripada pertandingan.

Penyandang juara Eropah, Itali, disingkirkan secara mengejut pada separuh akhir play-off menentang Macedonia Utara pada separuh akhir play off dan akan terlepas Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.

Penyokong Itali sangat kecewa dengan kegagalan tersebut walaupun beberapa bulan lalu mereka bergembira dengan kejayaan menjulang Euro 2020.

Iran berdepan penyingkiran

Sport Mediaset, Sky Sport Italia dan Sport Italia membuat laporan khas tentang peluang yang mungkin wujud untuk Itali ke Piala Dunia.

Ini selepas Iran menghalang 2000 wanita daripada memasuki stadium untuk kelayakan Piala Dunia menentang Lubnan.

Ia bukan kali pertama ia berlaku dan FIFA memberi amaran kepada negara tersebut agar tidak melakukannya lagi pada 2019.

Menurut Football-Italy, ahli Persekutuan Bola Sepak Iran Mehrdad Seradschi menyiarkan di Twitter dia telah mendengar ‘berita membimbangkan daripada FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Asia’ mengenai situasi itu.

Salah satu hukuman yang paling keras dan ekstrem adalah menyingkirkan Iran daripada Piala Dunia 2022.

Skuad kendalian Dragan Skocic layak mendahului kumpulan Pusingan Ketiga AFC untuk menempah tempat di Qatar.

Sekiranya itu berlaku FIFA kemungkinan besar akan menaikkan nama negara dengan co-efficient tertinggi dalam ranking dunia di tempat mereka.

Dalam situasi semasa, negara di ranking tertinggi di kalangan negara yang tidak layak ke Piala Dunia adalah Itali setelah mereka menjadi juara pada Kejohanan Eropah musim panas lalu.

Sebagai rekod, dalam sejarah Piala Dunia, tidak ada pasukan yang pernah ditendang keluar dari Piala Dunia selepas kelayakan.

Jadi ia akan menjadi langkah yang sangat ‘kejam’ serta masig tidak pernah berlaku sebelum ini.

Namun terdapat juga kritikan ke atas FIFA jika mereka mengangkat Itali hanya kerana negara itu dengan ranking tertinggi. Mereka merasakan slot Iran itu seharusnya milik pasukan dengan ranking tertinggi dari kalangan negara Asia yang gagal ke Piala Dunia menerusi kelayakan.

Lantas, adalah tidak masuk akal untuk Itali merampas slot Asia.

Harapan terbaru

Terbaru peminat Itali meminta kepastian adakah mereka berpeluang untuk ke Piala Dunia 2022, menggantikan Ecuador? Ecuador berdepan dengan masalah untuk disingkirkan dari Piala Dunia 2022 kerana pemalsuan dokumen.

Pada hari Rabu 11 Mei 2022, FIFA secara rasmi mengumumkan akan menyiasat dakwaan yang dibuat oleh FA Chile bahawa Ecuador memalsukan dokumen pemain Byron Castillo.

Dakwaan Chile ialah Castillo mempunyai sijil kelahiran Colombia yang menyatakan bahawa dia dilahirkan pada 1995 dan bukan 1998 seperti yang ditulis di Ecuador.

Castillo bermain lapan perlawanan sepanjang kelayakan – termasuk dua kali menentang Chile, yang gagal layak ke Piala Dunia 2022, dan Ecuador mengutip empat mata menentang La Roja.

Pemain itu tidak beraksi menentang Peru, yang menamatkan saingan di atas Chile di tempat play-off antara benua, dan mereka juga diminta untuk memberikan bukti.

Itu yang membuatkan peminat Itali berharap FIGC mengambil kesempatan untuk meminta mereka menggantikan Ecuador. Sebab mereka adalah juara Eropah.

Bengang dengan harapan yang bukan bukan peminatnya, Football Italia mengeluarkan artikel berjudul: “Itali tak akan dimasukkan semula ke Piala Dunia jika Ecuador disingkirkan.”

Jika Ecuador didapati bersalah berkemungkinan mereka akan kehilangan mata yang diperoleh daripada perlawanan di mana Castillo beraksi, jadi lima mata yang diberikan kepada Chile akan menyaksikan mereka menduduki tempat teratas dan oleh itu menggantikan Ecuador di Piala Dunia 2022. Bukannya pasukan dari Eropah iaitu Itali walaupun mereka juara Eropah.

Football Italia mahu peminat mereka menerima hakikat bahawa mereka tidak akan pernah berasksi dalam Piala Dunia 2022. Sudah sudahlah.

Baca yang lain