Peminat Juve Ceroboh Padang Protes Agar Kelab Tidak Membeli Lukaku

Seorang peminat Juventus menyatakan: “Pertama kali saya melihat penyokong sanggup menceroboh padang hanya kerana kelab mahu menandatangani pemain baharu. Biasanya orang marah kalau kelab tak sign pemain baru.”

Sebenarnya itu hanyalah kenyataan sinis kepada pengurusan Juventus. Peminat Juve telah menceroboh masuk ke dalam padang semasa perlawanan pemanas badan menentang Juventus Next Gen dan melaungkan ‘kami tidak mahu Lukaku’ sebagai protes terhadap usaha kelab mengejar penyerang Belgium itu.

Kemarahan yang sangat jujur dan panas daripada peminat kepada hierarki tertinggi Juventus yang berminat terhadap Lukaku.

Peminat malah menyatakan sokongan penuh kepada Dusan Vlahovic, yang dilaporkan turut menarik minat Chelsea untuk menggantikan Lukaku di sana.

Vlahovic tiada dalam perancangan Max Allegri untuk musim ini. Dan kelab itu cuba mendapatkan wang daripada penjualannya.

Peminat lebih rela Vlahovic kekal berbanding melihat musuh utama mereka pada masa ini, Romelu Lukaku datang ke kelab mereka.

Peminat Juventus secara konsisten memuji Vlahovic semasa perlawanan, yang mana pasukan senior itu menang 8-0.

Kmpulan ultra Curva Sud membentangkan sepanduk memberitahu Lukaku supaya menjauhkan diri dari kelab mereka, yang berbunyi: ‘Lukaku kekal sahaja di Milan, kami sudah mempunyai penjaga gol kedua’.

Mesej ejekan itu merujuk kepada perlawanan akhir Liga Juara-Juara, apabila Lukaku secara tidak sengaja menyekat percubaan Roberto Dimarco yang menghala ke gawang dalam kekalahan 1-0 mereka kepada Inter Milan.

Peminat memulakan laungan anti-Lukaku pada minit pertama permainan, menurut La Gazzetta dello Sport.

Chelsea menolak tawaran £26 juta daripada Inter untuk pemain berusia 30 tahun yang tidak mahu bermain untuk Teh Blue. Todd Boehly mahukan dalam lingkungan £40 juta.

Dia dipinjamkan ke gergasi Milan itu tahun lalu tetapi The Blues bertegas dia tidak akan dipinjamkan lagi, walaupun mereka sendiri tidak mahukan pemain itu. Lukaku hanya untuk dijual sepenuhnya.

Ketika Inter cuba mencari wang tambahan untuk mendapatkan Lukaku, termasuk menunggu rundingan Andre Onana ke Man United selesai, Inter dengan sangat kecewa mengetahui ejen Lukaku berada di Itali untuk berunding dengan Juve.

Awalnya mereka menganggap kehadiran ejen itu adalah untuk mendesak mereka mempercepatkan pembelian Lukaku. Inter menghubungi ejen dan Lukaku, namun tidak dijawab.

Sehinggakan Inter memutuskan mereka menamatkan usaha mendapatkan Lukaku kerana terlalu kecewa dengan sikap pemain itu.

Lebih mengecewakan apabila Juve mendapati Lukaku telah mengadakan rundingan pertama dengan Juve sebelum final UCL. Di mana ketika itu Lukaku marah apabila diberitahu dia tak akan bermain sebagai kesebelasan utama dalam final UCL.

Lukaku sudah meminta maaf kepada Inter dan rakan rakannya di kelab itu dan mahu menjernihkan semula keadaan. Malangnya nasi sudah menjadi bubur. Pemain pemain Inter sendiri kecewa dengan Lukaku kerana Lukaku pun turut tidak menjawab sebarang mesej atau panggilan mereka sebelum ini.

Lukaku sedar bahawa dia tidak dimahukan peminat di Juve dan ada satu video di mana peminat Inter memberitahu Lukaku agar tidak menyebut Forza Juve pula, kalau dia benar benar diperkenalkan sebagai pemain Juve. Dan Lukaku berkata: “Tak, tak akan, perpindahan itu tak akan berlaku.”

Beberapa hari kemudian, Juve dikatakan sedia menukar ganti Lukaku dengan Vlahovic ke Chelsea. Malangnya kedua dua kelab gagal menyepakati harga tambahan yang perlu dibayar Chelsea.

Kenapa peminat Juve bencikan Lukaku?

Sepanjang beberapa tahun di Serie A, Lukaku seringkali mempersendakan Juventus dengan sindirannya.

Dia malah pernah menyatakan: “Jika saya cuma ada tawaran dari Juventus untuk saya, dan Inter sudah tak mahukan saya, maka saya lebih rela pulang semula ke Anderlecth daripada bermain untuk Juventus.”

“Mereka pernah tawarkan saya wang yang lebih besar [daripada Inter] sebelum ini, namun saya katakan tidak. Kerana ada dua kelab yang saya tak akan sertai iaitu Juventus dan AC Milan kerana saya cintakan Inter.”

Sebagai tambahan. Juventus dan Inter Milan dianggap derbi antara bandar yang digelar Derbi D’Italia merujuk kepada perseteruan 2 kelab paling berjaya di Itali apabila dicampur jumlah trofi.

Sebelum ini peminat Juve selalu mengejek Inter bahawa kelab itu perlu menunggu satu lagi Calciopoli barulah mereka dapat mersa serie A subsidi. Beberapa tahun lalu, Inter menjuarai Serie A selepas Juve dilucutkan kejuaraan kerana skandal rasuah itu.

Namun fans Inter meraikan kejuaraan Serie A mereka 2 musim lalu dan menyatakan bahawa mereka tak perlukan Calciopoli atau menipu [merujuk kepada salah laku kewangan Juve] untuk bergelar juara Itali.

Lukaku dianggap pemain lidah bercabang. Dan kini dia dibenci peminat United, Chelsea, Inter dan Juve.

Peminat Inter yang mencurahkan kasih sayang dan sokongan kepadanya selama ini sepanjang dia di Itali sudah rasa sangat dikhianati.