Peminat Juventus Kecam Pogba: “Main Bola Cedera, Main Ski Gagah Pula Ye”

Peminat Juventus ternyata mempersoalkan status sebenar kecergasan Paul Pogba.

Pemain itu masih dalam senarai kecederaan dan dalam pemulihan untuk Juventus. Kecederaan yang membuatkan dia tersisih daripada kempen Piala Dunia 2022.

Sebelum Piala Dunia 2022 bermula, Pogba malah sempat memuatnaik video dia sedang menari nari menunjukkan kakinya ok. Dikatakan satu sindiran kepada Deschamps yang tidak mahu memanggilnya kerana tidak cukup cergas.

Pogba kemudian kembali ke proses pemulihan. Masih belum membuat sebarang penampilan bersama Juventus sejak menyertai semula kelab itu dari Manchester United.

Pogba mengalami kecederaan pada latihan pra musim. Dia terpaksa dibedah. Dia sempat pulih dan kembali berlatih beberapa bulan lalu, namun mengalami satu lagi kecederaan baharu.

Membuatkan Pogba terpaksa berehat.

Tetapi Pogba menjadi sasaran peminat Juventus baru baru ini. Selepas pemain itu menunjukkan dia sedang bercuti dan meluncur ski ais.

Seorang peminat berkata: “Lebih baik kamu pergi berlatih. Kami sudah semakin hilang sabar dengan kamu.”

Seorang lagi berkata: “Kalau dia tiba tiba mengalami kecederaan lain kerana bermain ski, saya akan meroyan sebab dah hilang sabar dengan mamat ni.”

Mereka juga kehairanan, bagaimana Pogba cukup gagah meredah ais namun cedera ketika diminta berlatih atau bermain bola sepak.

Niat Pogba hanyalah berkongsi kisah percutiannya di pergunungan salji yang cantik.

Malangnya, dia terus menerima kecaman demi kecaman. Ada yang turut menyatakan: “Bro melakukan apa sahaja untuk bercuti, namun tidak untuk bermain bola sepak.”

Seorang lagi berkata: “Bijak betul Pogba ni, sejak Jun lalu dia makan gaji buta tanpa bermain bola sepak.”

Selain itu ada juga menyindir Pogba bahawa, cuti khas hanya diberikan kepada pemain Perancis yang mara sehingga ke final Piala Dunia 2022 bukannya kepada mereka yang hanya hadir sebagai jemputan rasmi kerajaan untuk menjadi penyokong Perancis.

Pogba ketika itu menerima jemputan kerajaan Perancis untuk hadir memberikan sokongan kepada Perancis di Lusail.

Aktiviti bermain ski ais memang ada risikonya tersendiri. Beberapa bulan lalu, Manuel Neuer mengalami kecederaan serius ketika melakukan aktiviti itu.

Memaksa penjaga gol veteran itu untuk melupakan sahaja baki saingan musim ini bersama Bayern Munich.

Peminat Juventus rata rata masih sabar menanti kehadiran semula Paul Pogba di atas padang.

Pemain yang sudah bermain 178 kali untuk mereka pada kariernya di Juve sebelum ini. Dia mencatatkan 29 gol dan 34 assist bersama Juventus.

 

Baca yang lain