Peminat kecewa tindakan Glazers dan INEOS yang berterusan membuang staf di Manchester United atas alasan untuk mengurangkan kos operasi.
Terutama sekali sejak INEOS memiliki 27% pegangan saham, Sir Jim Ratcliffe aktif membuat langkah penjimatan termasuk menghapuskan subsidi staf seperti tiada tiket perlawanan final percuma, tiada pengangkutan dan penginapan percuma untuk staf jika pasukan layak ke final sesuatu pertandingan.
Bahkan, Sir Alex Ferguson ditamatkan kontrak sebagai duta khas kelab untuk menjimatkan jutaan dollar setahun menurut INEOS.
Dan terbaru, staf tidak lagi diberikan makanan percuma. Hanya ada sup dan sandwich percuma. Kantin staf ditutup, dan hanya ada kantin untuk pemain utama sahaja.
Ianya langkah INEOS dalam usaha pembangunan semula Old Trafford.
Man United Bagi Sup Dan Sandwich Untuk Staf Dan Pemain Pembangunanhttps://t.co/XZeG8JkU80
— VOCKET (@thevocket) February 25, 2025
Man United terus rancak memotong jumlah staf mereka. Membuatkan peminat mulai mengecam kelab.
Salah seorang peminat menyatakan kelab ini berdepan masalah kewangan kerana Glazer. Dan kini orang yang tidak bersalah pula menanggung akibat dengan kehilangan pekerjaan mereka.
“Dimiliki oleh Glazer, membuatkan kelab ini menanggung hutang berbillion pound dalam sejak 19 tahun pemilikan mereka.
“Dan sekarang, orang yang tak bersalah, staf kehilangan pekerjaan mereka. Mereka bukannya orang yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan teruk dalam pengurusan kewangan kelab.”
MUFC employees blame Jim Glazer on terrible decisions leading to mass sackings at club and fury amongst staff. pic.twitter.com/tXTv97W1fe
— Mohammed A (@MohammedAston07) February 11, 2025
Sebelum ini peminat mempersoalkan kenapa insentif dan subsidi staf dikurangkan sedangkan kelab sanggup membayar gaji terlalu tinggi untuk pemain seperti Mason Mount yang dianggap makan gaji buta.
Tindakan kelab yang teruk di bawah Glazers juga menjadi punca Ruben Amorim kini berdepan masalah untuk membeli pemain. Dia terpaksa melupakan jendela perpindahan Januari lalu dengan hanya mendapatkan Dorgu.
Ini kerana kelab berdepan masalah dalam mengimbangi akaun FFP mereka.
Mereka juga mulai mengarahkan kritikan ke atas INEOS yang menurut mereka tidak seperti yang mereka harapkan. INEOS seolah olah cuba mempengaruhi penyokong agar Glazer nampak bagus.