Peminat Kecam Tindakan FA Sepanyol Rubiales Comolot Pemain Wanita

Presiden FA Sepanyol (RFEF) Luis Rubiales yang memang sudah memiliki reputasi kontroversi, kini berdepan satu lagi kritikan.

Ini selepas dia mencium pemain 33 tahun Jennifer Hermoso di mulutnya ketika menyampaikan pingat kejuaraan Piala Dunia kepada pemain pemain Sepanyol.

Sepanyol juara Piala Dunia Wanita selepas menewaskan England di final.

Rubiales berada di pentas untuk upacara penyampaian pingat dan piala bersama dengan beberapa tetamu kehormat lain termasuk Presiden FIFA, Gianni Infantino, Permaisuri Letizia dari Sepanyol dan juga Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.

Video Rubiales memeluk Hermoso kemudian bercakap mesra dan kemudian memegang kepala Hermoso lalu menciumnya. Menepuk bahu pemain itu ketika dia meninggalkan pentas.

Netizen menganggap ianya tindakan melampau. Malah ada yang mempersoalkan kalau kedua duanya ada skandal.

Laman El Confidencial yang popular di seluruh dunia menulis: “Tindakan Rubiales mengambil trofi daripada para pemain untuk diserahkan kepada Permaisuri Leticia dan mencium Hermoso di mulutnya adalah perbuatan keji.”

“Satu lagi bukti, manusia mencari perhatian depan kamera.”

Hermoso kemudian memberikan penjelasan bahawa dia tiada apa apa hubungan intim dengan Rubiales. Ciuman itu kerana kedua duanya terbawa bawa emosi terlalu gembira tanpa sedar tindakan mereka itu.

Dia berkata dalam sesi soal jawab di Instagram live dengan seorang wartawan: “Hey, saya tidak menikmati [tak stim] pun dengan ciuman itu… ye.”

Hermoso bukan satu satunya pemain wanita yang dicium Rubiales. Beberapa pemain lagi termasuk Olga Carmona. Di mana dia menyertai keraian bersama penjaring gol itu dengan mencium pemain itu di pipinya.

Ramai peminat menyampah dengan tindakan Rubiales yang dianggap p e r v e r t dan pencabul.

Seorang lagi peminat mahu melihat, adakah FIFA akan mengambil tindakan ke atas Rubiales atas kesalahan gangguan seksual di tempat kerja?

Ini kerana perbuatan itu jelas tidak boleh diterima dan dianggap sedaya upaya mengambil kesempatan.

Rubiales kemudian dilihat memasuki bilik persalinan wanita tersebut semata mata mahu mengumumkan bahawa FA Sepanyol akan menaja percutian kesemua pemain di Ibiza.