Barcelona akhirnya mengesahkan bahawa mereka tak jadi nak membeli Federico Chiesa. Chiesa dianggap salah satu pilihan untuk dibeli setelah gagal mendapatkan Nico Williams. Beberapa minggu lalu Juventus menolak cadangan daripada kem Barcelona yang mahu membeli pemain itu sekitar €15 juta kerana nilai itu terlalu rendah.
Juve meminta bayaran setimpal dengan Chiesa walaupun pemain itu tidak berada dalam perancangan pengurus mereka. Juve meletakkan harga sekurang kurangnya €35 juta untuk pemain itu.
Barcelona masih berminat dengan Chiesa pada ketika itu. Namun semalam Barca Universal akhirnya mengesahkan bahawa Barcelona menamatkan pemburuan tandatangan Chiesa.
Peminat Barcelona meminta penjelasan kenapa kelab itu memutuskan untuk tidak mendapatkan Chiesa yang sudah memberikan isyarat bahawa dia berminat menyertai Barcelona. Mereka menganggap berita ini sebagai berita buruk dan melabel Laporta sebagai Lieporta.
Chiesa benar benar berminat mahu menyertai Barcelona setelah Juventus kekal dengan pendirian mahu menjualnya. Perkara itu disahkan sendiri ejen kepada pemain itu yang Chiesa benar benar berminat untuk menyertai projek Barcelona yang berasaskan pemain muda. Namun Barcelona kemudian menarik brek dan menyatakan mereka akan membincangkan semula perkara itu.
🔵🔴🇮🇹 Federico Chiesa's agent has informed Barça of player's willingness to join the club. Chiesa, open to the move and keen on Barcelona project.
Deal depends on Barça decision as they're considering several options while Juventus are still waiting for an official bid. pic.twitter.com/jXJmVflVlG
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 26, 2024
Akhirnya kelab itu mengesahkan bahawa Chiesa tak akan datang ke Nou Camp musim ini. Hal ini kerana banyak kekangan yang berlaku. Mereka ketika ini malah masih tidak dapat mendaftarkan Dani Olmo. Itu antara alasan kenapa mereka terpaksa menarik diri daripada rundingan mendapatkan Chiesa.
Mereka sudah melepaskan Ilkay Gundogan tetapi masih belum cukup untuk mendaftarkan Dani Olmo. Kerana mereka tidak mendapat yuran perpindahan daripada perpindahan pemain itu yang menamatkan kontrak atas persetujuan bersama.
❗️Barça will not sign Chiesa. The option has been ruled out as of today. There is no Fair Play.
— @Luis_F_Rojo pic.twitter.com/6nji9kFQYs
— Barça Universal (@BarcaUniversal) August 26, 2024
Terdapat juga teori menyatakan bahawa Barcelona masih menjadikan Nico Williams sebagai keutamaan mereka. Mereka akan menunggu musim berikutnya untuk cuba memujuk pemain itu menyertai mereka.
Nico Williams sebelum ini sah kekal di Athletic Bilbao. Dengan Deco sendiri mengesahkan pemain itu menolak untuk menyertai Barcelona kali ini.
Peminat kini mempersoalkan siapakah pemain baharu yang akan ditandatangani Barcelona jika bukan Chiesa. Ini memandangkan Deco sudah menegsahkan bahawa mereka akan membawa sekurang kurangnya seorang lagi pemain baharu.