Nama Ekanit Panya terus menjadi perdebatan hangat di Thailand. Bintang Thailand, Ekanit Panya dilaporkan telah meminta agar namanya digugurkan daripada skuad Thailand yang akan bermain di Piala Asia 2023.
Ekanit Panya mahu menumpukan kepada aksi pra musim bersama kelab baharunya, Urawa Red Diamond di Liga J.
Ketua Jurulatih Thailand, Masatada Ishii telah memberikan keizinan kepada Ekanit Panya dan memanggil Picha Utra untuk menggantikan pemain itu.
Tindakan Ekanit itu mengundang kritikan daripada media dan peminat di Thailand. Di mana mereka menuduh pemain itu sebagai tidak patriotik.
Ada juga yang menyindir: “Betapa tak serius Thailand dengan Piala Asia ni.”
Kemudian ada juga yang geram dan berkata: “Jika saya adalah jurulatih Thailand, jangan harap saya akan panggil namanya lagi untuk mewakili negara – selamanya.”
BREAKING: Ekanit Panya asked to withdraw from the Thailand national team to join Urawa Reds Diamond's pre-season camp. Ishii decided to call Picha Utra to replace him.
SPEECHLESS!!! pic.twitter.com/aYdrUoESk4
— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) January 7, 2024
Kemudian laporan terbaru lebih mengecewakan peminat. Ini apabila Pegawai FAT tidak dapat bercakap dengan Ekanit secara terus. Kerana pemain itu menolak untuk berbuat demikian.
Dia malah menyuruh seseorang yang tidak dikenali oleh FAT bercakap bagi pihaknya.
According to Thai media recently, FAT tried to contact him, but they found nothing but an "anonymous" guy who confirmed that Ekanit will refuse to join Changsuek for AC2023. FAT can't do anything but accept the fate.
IMO, the guilty ones aren't Changsuek nor Ishii, Ekanit is.
— Kayasith94 (@kayasith94KTFC) January 8, 2024
Ada peminat Thailand bertanya, adakah Ekanit Panya boleh dilarang bermain untuk Urawa Reds sepanjang aksi Piala Asia berlangsung.
Ini kerana ianya pertandingan serantau, di mana FIFA boleh mengenakan larangan kepada pemain untuk bermain.
Malangnya, ketika ini Urawa Reds hanya bermain aksi kompetitif dan tidak ada peraturan FIFA menyebut bahawa pemain boleh dilarang daripada aksi pra musim yang merupakan aksi latihan untuk kelab jika mereka enggan bermain untuk skuad kebangsaan.
Seterusnya terdapat juga laporan, sebenarnya Ekanit Panya masih belum mendapat kontrak tetap dengan Urawa Reds. Dia diletakkan dalam senarai percubaan / trial.
All Thai Football menulis: “Kontrak masih belum dimuktamadkan. Ada kemungkinan Ekanit hanya dalam sesi trial dengan Urawa Reds dalam pra musim untuk mendapatkan kontrak tetap.
“Ia akan menjadi hebat kalau dia dapat kontrak itu. Namun perkara akan jadi buruk jika dia gagal dan kembali ke Thailand. Berapa orang yang akan menyokong dia?”
The deal has yet to confirmed. There’s a possibility that Ekanit might just trial with Urawa Reds in preseason to secure a contract.
It would be great for him if he gets a contract. But things could be worse if he has to return to Thailand, how much ppl still support him? https://t.co/vwWCPOC3Ji
— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) January 8, 2024
Seorang peminat Thailand meminta peminat yang lain memahami situasi Ekanit Panya. Kerana dia mahukan karier di Liga J.
Namun ada yang lain berkata, Piala Asia adalah peluang terbaik untuk dia ‘menjual’ namanya kepada mana mana kelab.
I agree with you. If he plays well in Asian Cup, i’m sure there will be opportunity for him, whether in Urawa or elsewhere. He is a top player of Thailand national team, and J.League clubs always want that kind of player.
Anyway, he made his decision. I will just respect that. https://t.co/cniZ0lwZDN
— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) January 8, 2024