Netizen benar benar terkejut dengan keadaan fizikal Neymar ketika dia hadir ke majlis parti harijadi legenda Brazil Romario.
Di mana pemain Al Hilal itu dilihat ada masalah kegemukan. Dia terlebih saiz terutama sekali sebagai seorang atltet dan pemain bola sepak profesional.
Dalam majlis itu Neymar sempat menunjukkan skilnya berpoco poco.
— Lovemy10s (@Lu852Lu) January 28, 2024
Neymar kini masih berehat panjang daripada bola sepak. Dalam proses pemulihan kecederaan yang dialaminya beberapa bulan lalu ketika tugasan antarabangsa bersama Brazil.
Sebenarnya pada masa itu, baru sahaja kembali daripada kecederaan.
Al Hilal beberapa minggu lalu sudah mengosongkan sementara namanya daripada daftar pasukan untuk membolehkan mereka mendaftarkan pemain baharu.
Ini kerana Neymar tidak akan dapat bermain untuk tempoh lama.
Namun bagi peminat Neymar, rehat yang diberikan kelab bukan bermaksud Neymar boleh makan apa sahaja yang dia nak.
Mereka menganggap Neymar sebagai tidak profesional dan berharap Al Hilal mengenakan tindakan kepada pemain itu.
Ada peminat Al Hilal sendiri merasakan Neymar akan menjadi liabiliti semata mata untuk kelab itu. Ini kerana dia memakan gaji dan bonus sangat tinggi, namun sumbangannya setakat ini sangat sedikit.
Looks likes it’s real pic.twitter.com/ByoWlYTn9F
— Janty (@CFC_Janty) January 28, 2024
Di Eropah ada banyak kelab yang mengambil tindakan terhadap pemain yang terlebih berat badan daripada BMI unggul mereka.
Ketika di PSG, cara hidup Neymar di luar padang seringkali dipersoalkan. Dia gemar berparti dan mengamalkan cara hidup tak sihat.
Ini termasuk suka tidur lewat, kerana bermain game ataupun poker. Sehingga satu ketika Neymar menjadi ‘musuh’ ultras PSG yang mahu dia berambus daripada kelab itu kerana mereka tidak berpuas hati dengan Neymar.
Mereka berpendapat, Neymar sukar untuk kekal cergas kerana tidak berdisiplin. Ultras PSG pada satu tahap melampaui batas dengan mengadakan protes di hadapan rumah Neymar yang ketika itu sedang menjalani pemulihan.
Beberapa bulan lalu, presiden Brazil mengecam Neymar sebagai kekewaan untuk negara mereka. Kerana dia gagal menjadi pemain setaraf Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo.
Neymar tidak memenangi sebarang Ballon d’Or dalam kariernya walaupun dia dianggap pesaing utama Messi dan Ronaldo ketika dia mula menjejakkan kakinya ke eropah.
Presiden Brazil, Lula dengan terbuka mensasarkan kritikan ke atas Neymar yang menurutnya telah mengecewakan seluruh negara.
Lula terkilan kerana pada usia 36 tahun Messi masih mampu memenangi Ballon d’Or yang kelapan dalam kariernya. Sedangkan Neymar tiada satu pun.
Messi juga memiliki Piala Dunia bersama Argentina. Neymar pula tidak menepati aspirasi rakyat Brazil yang ramai menganggap dia idola.
Di mana pada eranya, Brazil gagal memenangi sebarang edisi Piala Dunia. Termasuk kempen mengecewakan di Qatar 2022 yang lalu.
Presiden Brazil itu menyindir kehidupan di luar padang Neymar menjadi sebab utama kenapa pemain itu tidak pernah mencapai tahap yang Messi ada sekarang.
Neymar dikenali sebagai seorang yang suka berparti lewat malam dan suka bermain poker.
Lula berkata: “Seorang lelaki berusia 36 tahun, dia menjadi juara dunia dan menang Ballon d’Or tahunm ini.”
“Sementara itu ada seseorang [menyindir Neymar] yang sepatutnuya menjadi inspirasi kanak kanak di tv kemudian hilang entah ke mana. Berapa tahun sejak Brazil memiliki idola di atas padang sepertinya?,” tegas Lula merujuk kepada fenomena Neymar yang menjadi kegilaan anak muda di Brazil.
Gaya hidup Neymar dianggap tidak sihat dan membuatkan dia gagal mencapai potensi sebenarnya.
Lula kemudian menambah: “Jika kamu nak memenangi Ballon d’Or, kamu harus berdedikasi. Ianya tak akan berjaya dengan kehiudpan berparti dan kehidupan lewat malam kamu.”