Perpindahan Silas Nwankwo dari kelab Nigeria ke kelab kelab divisyen 1, Sweden, Mjalby AIF adalah sama dengan perpindahan pemain yang lain.
Namun yang peminat musykil adalah apabila kelab mengumumkan bahawa Silas Nwankwo adalah wonderkid berusia 18 tahun.
Tahun lalu Silas Nwankwo mencuri tumpuan menerusi aksinya bersama Nasarawa United. Dia menjaringkan 19 gol dalam 35 perlawanan untuk membantu kelab Liga Perdana Nigeria itu menduduki tempat kedua dalam carta liga.
Dengan aksinya yang cemerlang itu, Nwankwo telah berjaya menjadi penjaring terbanyak Liga Nigeria. Dia juga menyertai ‘Team of the Year’ untuk Liga Nigeria.
Dianggap sebagai bakal pengganti Jay Jay Okocha kerana usianya yang masih muda remaja.
OFFICIAL Silas Nwankwo has now signed his contract papers on a four year deal with Swedish side, Mjällby Aif.
He will wear the No 31. shirt which he wore while playing in the NPFL. #NPFL22 https://t.co/Fy2pOKyuKD pic.twitter.com/CQt1iteiSK
— MikeThePundit (@Mike_ThePundit) February 3, 2022
Persembahan Silas Nwankwo berjaya menawan hati Mjallby AIF, yang kemudian melengkapkan perpindahan pemain muda tersebut.
Kelab Sweden itu juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa mereka berjaya menandatangani pemain muda berbakat besar dengan kontrak selama 4 tahun.
Pengarah Suka Mjalby AIF, Hasse Larsen berkata: “Jika anda memilih frasa terbaik untuk menggambarkan pencapaiannya pada usia 18 tahun, dia sangat mengagumkan. Tetapi kami juga kagum dengan kualitinya, baik dari segi kemampuan yang dia miliki dengan postur fizikal dan juga keupayaan untuk memanfaatkan peluang dalam kotak penalti.”
18-year-old Nigerian forward Silas Nwankwo has joined Swedish side Mjallby AIFs from Nasarawa United. 🇳🇬
The youngster scored 19 goals last season in the #NPFL, making him joint highest scorer. 👏🏼🇳🇬🇳🇬🔥 pic.twitter.com/VeTS17txuM
— E (@iamOkon) February 3, 2022
Namun para peminat tidak yakin bahawa Silas adalah pemain berusia 18 tahun. Malah ada yang menganggap Silas sebenarnya 45 tahun, bukannya 18 tahun.
Netizen sangsi dengan maklumat kelahiran Silas Nwanwko yang dikatakan lahir pada 2004.
Rasim Reiz, seorang yang mengklaim dirinya sebagai pemerhati bola sepak Nigeria dan berpangkalan di Stockholm, juga mencurigaai usia pemain itu. Beliau menyatakan, Silas pastinya berusia lebih 20 tahun.
“Dalam Football Manager 2021, dia berumur 24 tahun. Sedangkan dalam Football Manager 2022, dia tiba-tiba berumur 17 tahun. Ia tidak masuk akal,” katanya dalam tweet beliau.
Doubt surrounding the true age of Mjällby AIF's new signing Silas Nwankwo as evidence points towards him being 25, not 18.
👇🏻👇🏻👇🏻https://t.co/edm4dbNU3N
— Oddschanger (@Oddschanger) February 4, 2022
Rasim Reiz menganggap kelab Sweden tersebut sudah kena scam!
Namun ada juga yang mempertahankan Silas Nwankwo, kerana menurut mereka memang ramai yang wajah lebih tua daripada usia.
Tetapi ada juga yang meminta kelab Mjalby AIF untuk melakukan ujian ke atas tulang Silas Nwankwo untuk memastikan kesahihan usianya yang baru 18 tahun.
Kes manipulasi umur
Sebenarnya sudah banyak kes penipuan ataupun kesilapan umur berlaku melibatkan pemain dari Afrika.
Sebelum ini, seorang lagi Silas iaitu Silas Wamangituka telah tampil memperbetulkan usianya kepada Bundesliga. Silas menyatakan sebelum ini, maklumat usianya telah dimanipulasi oleh ejennya kerana mahu mendapatkan wang lebih banyak.
Silas ketika itu masih takut untuk menyatakan kebenaran. Silas yang semakin matang, tampil dengan berani menyatakan bahawa beliau sebenarnya lahir 1998, bukan 1999.
LONG READ | Meet 20-year-old VfB Stuttgart striker Silas Wamangituka, except that's apparently not his name or his age – an extraordinary story https://t.co/XzXSFSVGzm pic.twitter.com/36NZXweljY
— Get French Football News (@GFFN) December 13, 2019
Tindakan Silas itu benar benar mendapat pujian ramai pihak yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas ejennya dahulu.
Seterusnya, Porto sebelum ini menyatakan bahawa mereka sedia membatalkan tawaran kontrak bekas pemain Newcastle iaitu Chancel Mbemba kerana disyaki melakukan penipuan umur.
Pemain asal DR Congo itu akan tamat kontrak pada akhir musim ini menurut outlet media Portugis iatu Corriere de Manha. Porto yang awalnya suah bersedia menawarkan kontrak baharu, kini menukar pendirian mereka untuk tidak melakukannya.
Porto kini tidak pasti berapakah umur sebenar Mbemba. Di atas kertas, dia berusia 27 tahun. Namun kini kelab mengesyaki dia sekurang kurangnya 5 tahun lebih tua daripada usia tersebut.
Pada 2013, CNN melaporkan bahawa Mbemba ada 4 surat beranak yang berbeza rekod tarikh lahir dari 1988 sehingga 1994.
👀
FC Porto are set to fire former Newcastle defender Chancel Mbemba for age cheating. An investigation into the DR Congo player has revealed he has FOUR different birth dates 😳 He's at least 33 and NOT 27 as his current documents say. pic.twitter.com/d0KWLClNCA
— Soccerzela (@soccerzela) January 21, 2022
Dua kelab pertamanya di Congo mendaftarkan pemain itu lahir pada 1988.
Namun ketika kelayakan Piala AFCON 2011, usianya tiba tiba ditukar dan 3 tahun lebih muda, didaftarkan sebagai pemain yang lahir pada 30 November 1991.
Kemudian ketika menyertai Anderlecht, tercatat tarikh lahirnya adalah 8 Ogos 1994. Bermakna ketika dia menyertai Newcastle pada 2015 dengan harga £7.5 juta, Mbemba ketika itu didaftarkan berusia 21 tahun. million move in 2015.
Untuk menjadikan keadaan lebih buruk. Dalam satu temuramah, Mbemba menyatakan bahawa dia lahir 1990. Dia sendiri pun tak pasti dah, mana satu tarikh lahir dia. Selepas itu dia melakukan pemeriksaan tulang untuk mengesahkan dia lahir pada 1994, sebelum dia datang ke England.
sobre o mbemba o porto que não venha dizer que só agora soube porque nesta notícia de 2015 já se falava nisso. pic.twitter.com/t3x3pY2tsX
— Pablo (@Pablojs93B) January 20, 2022
Mbmba berkata: “Saya ada rekod ujian tulang dan semua kawan saya tahu usia saya, keputusan ujian itu mengesahkan usia sebenar saya. Saya datang untuk bermain bola sepak, tiada isu salah informasi.”
“Banyak yang sudah diperkatakan tentang tarikh lahir dan usia saya yang sekejap lain sekejap lain. Saya sudah membuktikan kebenarannya.”
“Orang di Afrika kenal saya dan keluarga saya. Kawan kawan saya dan semua yang kenal Chancel Mbemba, mereka semua tahu saya lahir 8 Ogos 1994. Itu sahaja.”
“Kadangkala ada orang Afrika, apabila mereka melihat orang Afrika lain berjaya, mereka akan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kejayaan dan karier orang tersebut.”
“Saya bukan jenis manusia macam itu. Saya ada kawan dan keluarga dan saya tidak pernah memikirkan tentang merosakkan periuk nasi orang lain walaupun di dalam hati atau otak saya.”
“Perkara yang saya fikirkan adalah bermain di atas padang, itu yang paling penting.”
9 tahun lalu, FIFA melakukan siasatan ke atas FA Congo berkaitan usia Mbemba selepas dilaporkan menukar tarikh lahir dari 1988 kepada 1991 untuk membolehkan dia bermain di bawah pasukan B-23 bagi skuad Olympic 2012 di London.
Mbemba bermain 59 kali untuk Newcastle sebelum berhijrah ke Porto dan sudah bermain lebih 100 perlawanan.
AC Milan antara kelab yang mahukan Mbemba pada ketika ini. Namun selepas mendengar kontroversi usianya, AC Milan dilaporkan sudah kurang berminat dengan pemain itu,
🚨 Mbemba 🇨🇩 is set to leave FC Porto because of age issues. The club suspects that the player is actually 33 and not 27.😬 #FCPorto
(via @cmjornal) pic.twitter.com/WVeOvbNiv7
— Football Transfers (@Transferzone00) January 21, 2022
Kes ini mengingatkan kita kepada kes bekas pemain Lazio yang awalnya didaftarkan sebagai pemain remaja 17 tahun. Namun kemudian telah disyaki berusia 42 tahun.
Joseph Minala merupakan pemain remaja yang pernah menggemparkan Itali dan peminat bola sepak di seluruh dunia. Di mana dia ditandatangani oleh Lazio pada 2014.
Setahun kemudian Minala bermain untuk skuad B-20 Cameroon. Beliau membuat dua penampilan untuk pasukan remaja Cameroon. Namun selepas itu tidak pernah dipanggil lagi.
Pada April 2018, Minala yang ketika itu dikatakan berusia 17 tahun telah membuat debut untuk Lazio.
Namun terdapat keraguan pada usianya. Lalu ada pihak dti Itali melancarkan siasatan ke atas maklumat sebenar pemain itu. Hasil siasatan mendapati beliau sudah berusia 42 tahun. Bermakna, 25 tahun terlajak daripada usia dia didaftarkan.
Namun begitu, Minala menegaskan bahawa dia tidak pernah menipu tentang umurnya.
Pihak FA Itali kemudian melakukan siasatan ke atas dakwaan itu. Ini kerana ia boleh menjadi satu kesalahan yang besar.
Hasil daripada siasatan selepas menghubungi pihak kerajaan di Cameroon, FA Itali mengesahkan bahawa pemain yang bernama Joseph Minala itu sah 17 tahun pada ketika itu.
Malah FA Itali turut dikatakan telah melakukan ujian perubatan khas untuk Joseph Minala yang dikatakan sudah berusia lebih 4 dekad pada ketika itu.
Selepas kontroversi umur, Lazio memutuskan untuk tidak melanjutkan khidmat Minala.