Peminat bola sepak jadi keliru apabila Joshua Zirkzee taunting peminat Arsenal dengan mengklaim dirinya ada 1 UCL.
Zirkzee telah membalas komen peminat Arsenal yang telah memperlinya kerana gagal menyempurnakan penalti ketika menentang Fulham pada aksi 16 akhir Piala FA Inggeris.
Kegagalan itu membuatkan United kalah 4-3 dalam penentuan sepakan penalti. Zirkzee kemudian melihat komen seorang peminat Arsenal yang menulis: ‘Terima kasih banyak banyak’.
Zirkzee kemudian membalas: “Saya, 1 UCL dalam masa 23 tahun [merujuk kepada usianya], Arsenal 0 UCL dalam masa 137 tahun.”
Komen itu membuatkan peminat keliru. Bila masa Zirkzee menjulang UCL?
Ada juga yang mahu tahu sama ada komen itu benar benar dibuat oleh Zirkzee. Yang lain berkata, tidak kisah ianya benar benar komen Zirkzee atau tidak, yang mereka mahu tahu betul ke Zirkzee pernah angkat UCL?
Zirkzee menangg bersama Bayern
Seorang peminat menjelaskan bahawa memang Zirkzee ada memenangi UCL iaitu ketika dia bersama Bayern Munich. Namun sumbangannya diibaratkan seperti Benjamin Mendy menang Piala Dunia bersama Perancis satu ketika dahulu.
Ada yang mengorek informasi bahawa Zirkzee di Bayern hanya bermain 12 perlawanan dalam semua pertandingan dan hanya bermain 4 minit dalam kempen UCL yang Bayern menangi musim 2019/20.
His contribution was 4 minutes 🤦 pic.twitter.com/eSyaoRO6xt
— Sportswashed (@SportsWashed49) March 4, 2025
Peminat Bayern segera memuat naik gambar Zirkzee dengan piala UCL bersama dengan Alphonso Davies.
Let's go 🔥 pic.twitter.com/kBGOIkVPdO
— DevonAjala (@DevonAjala) March 4, 2025
Sebagai rekod, Arsenal adalah kelab yang sudah memenangi segala piala termasuk piala emas EPL. Namun dalam sejarah panjang mereka, UCL masih lagi piala yang belum ada di kabinet mereka.
Paling hampir ketika mereka dikalahkan Barcelona pada aksi final 2006. Ketika itu Arsenal di hadapan menerusi gol Sol Campbell pada separuh masa pertama.
Ketika aksi berbaki kurang 15 minit, Barcelpona bangkit dengan dua gol menerusi Samuel Etoo minit ke-76 dan gol Juliano Belletti minit ke-80.
Mikel Arteta dan Arsenal meneruskan pemburuan UCL pertama kelab itu dengan aksi pada awal pagi esok menentang Feyenoord.
Mikel Arteta percaya skuadnya cukup kualiti untuk memenangi UCL sama seperti pencabara yang lain.