Isu rumput padang di Stadium My Dinh terus menjadi topik menghiasai Piala AFF 2022.
Vietnam mungkin satu tahap di atas mana mana pasukan lain di Asia Tenggara menurut Park Hang Seo.
Namun dari segi kualiti padang, mereka jelas masih lagi di belakang beberapa negara lain.
Park Hang Seo sendiri tidak suka dengan keadaan rumput padang mereka. Dan seringkali mengingatkan pemainnya agar memakai but dengan stud yang sesuai.
Menjelang aksi final pertama di My Dinh, kondisi rumput padang di stadium tersebut masih teruk.
Membuatkan peminat Thailand mengkritik mutu padang di Vietnam itu.
Mereka bertanya kalau Vietnam memang tidak ada venue lain yang boleh digunakan selain daripada My Dinh?
Atau pasukan itu sengaja membiarkan padang dalam keadaan teruk untuk menyukarkan lawan mereka, terutama sekali Thailand yang bermain dengan free flowing football.
Ada penyokong mempersoalkan, bagaiman pihak AFF boleh mengiktiraf padang tersebut antara yang terbaik untuk menganjurkan pertandingan Piala AFF 2022?
I'm still confused about how AFF verifies this field. Hopefully Vietnam will win the tournament this time and can fix things like this.
— A (@azrulamarr) January 12, 2023
Komen itu mungkin merujuk kepada kenyataan pihak VFF sebelum ini yang menyatakan mereka rasa bangga kerana AFF memuji padang di My Dinh sebagai antara yang terbaik untuk menjadi venue Piala AFF 2022.
VFF bangga dengan padang mereka
Setiauha Agung VFF, Duong Nghiep Khoi telah menyatakan rasa bangganya apabila AFF telah memuji rumput padang mereka.
Sebelum aksi separuh akhir kedua menentang Indonesia, Khoi berkata: “Tidak ada masalah dengan rumput padang My Dinh. Kondisi My Dinh tidak sebaik beberapa stadium di negara Asia Tenggara lain. Akan tetapi ianya cukup bagus untuk pertandingan setaraf AFF.”
“My Dinh masih layak menjadi tuan rumah dan menganjurkan pertandingan serantau. Padang kami mendapat pujian pihak AFF sendiri.”
Kualitas lapangan My Dinh National stadium jelang pertandingan vs Indonesia malam ini.. 😌 pic.twitter.com/d6tSrAZIKI
— Extra Time Indonesia (@idextratime) January 9, 2023
“Semalam, 100 sukarelawan dari Universiti Sukan Bac Ninh membantu, jadi tempat duduk itu dibersihkan. Rumput juga tumbuh, memenuhi 80 keperluan.”
“Stadium disahkan berada dalam keadaan mencukupi untuk menganjurkan perlawanan dalam Piala AFF,” kata Nghiep Khoi.
Beberapa minggu lalu, Dang Ha Viet, yang merupakan Pengarah Pentadbiran Sukan Vietnam, berkata “Stadium Nasional Dinh saya masih diselenggara dan dijaga dengan kerap. Tetapi selama lebih sebulan cahaya matahari di Hanoi tidak mencukupi untuk rumput berfotosintesis, jadi ia tidak mempunyai warna hijau yang kita inginkan.”
“Tetapi Persekutuan Bola Sepak ASEAN telah menyemak dan menilai stadium itu cukup baik untuk perlawanan itu.
Namun Viet meminta orang ramai tidak membandingkan rumput di My Dinh dengan padang padang di Eropah.
Viet menegaskan bahawa stadium di Eropah mempunyai sistem pemanasan dan bumbung anti-kabut dan salji membuatkan rumput hijau walau apa pun cuaca.
Vietnam tidak memilikinya dan oleh itu penampilan padang banyak bergantung kepada cuaca, katanya.
“Saya tidak fikir padang menimbulkan risiko kecederaan. Biasanya pemain akan cedera jika padang yang kasar. Padang ini telah diuruskan dengan menuang lebih banyak pasir.”
Seterusnya beliau menyatakan bahawa, padang MyDinh sesuai dengan permainan Vietnam kerana tiada Kylian Mbappe di dalam pasukan mereka.
My Dinh stadium good enough for football despite grass woes: sports official https://t.co/FM6uyWfQZm
— VnExpress (@vietnamenglish) December 27, 2022
Dia menambah: “Pasukan yang bergantung pada kelajuan dan intensiti tinggi selalunya akan bermain di atas rumput yang lebih pendek dan tanah yang lebih keras. Gaya permainan Vietnam tidak pantas dan tidak bergantung pada kelajuan tidak seperti Kylian Mbappe [bintang Perancis]. Tanah di Stadium My Dinh agak lembut pa masa ini dan rumputnya tidak tinggi.”
Thailand dan Vietnam akan berentap dalam final pertama Piala AFF 2022 pada 13 Januar 2022.
Pertandingan akhir ini ada dua perlawanan timbal balik.