Peminat Leeds Kecewa Apabila Haaland Kata Dia Peminat Manchester City Sepanjang Hidupnya

Erling Haaland menyatakan bahawa dia telah meminati Manchester City sepanjang hidupnya.

Haaland rasminya diperkenalkan sebagai pemain Manchester City pada hari ini.

Dan pemain itu menyatakan bahawa dia sudah tak sabar untuk beraksi bersama dengan pasukan sebelah biru Manchester itu.

Bercakap kepada laman rasmi kelab, Haaland berkata: “Saya lahir di England, dan telah menjadi penyokong Man City sepanjang hidup saya. Saya tahu banyak tentang kelab ini.”

“Akhirnya saya memikirkan 2 perkara, [pertama] saya terasa seperti di kampung halaman saya sendiri di sini. Dan saya juga boleh membangunkan diri serta mengeluarkan yang terbaik dalam aksi saya bersama dengan City.

 

Ada peminat Leeds yang agak kecewwa dengan enyataan Haaland itu. Hal ini kerana ianya dianggap benar benar bercanggah dengan apa yang dia sebut beberapa tahun lalu. Di mana dia menyatakan bahawa dia merupakan peminat Leeds dan mahu memenangi EPL bersama dengan Leeds – itu adalah impiannya.

Haaland merupakan pemain yang dilahirkan di Leeds ketika ayahnya bermain di sana. Kemudian Alfie Haaland menyertai Man City sebelum kariernya berakhir kerana bentesan Roy Keane.

Oleh sebab itulah Leeds sangat dekat di hati Haaland.

Haaland berkata: “Saya ingin melakukan yang terbaik. Impian saya adalah mememangi EPL bersama dengan Leeds.”

“Selain itu, matlamat saya adalah mahu menjadi pemain yang lebih baik daripada ayah saya. Saya harap akan dapat beraksi di pentas antarabangsa sepertinya.”

Peminat peminat Leeds dan City nampaknya saling mengklaim Haaland adalah penyokong kelab masing masing.

Haaland memang seringkali datang menyaksikan Man City beraksi sejak dari kecil bersama sama dengan keluarganya.

Selepas dia membesar, dia juga pernah menyaksikan Man City di Etihad bersama dengan ayahnya. Haaland sendiri pernah datang untuk bermain di Etihad menentang Manchester City.

 

Baca yang lain