Peminat Liverpool Desak Kelab Beli Vlahovic Selepas Pemain Ini Jaring 7 gol Dalam Tempoh 34 Minit

Dusan Vlahovic telah menjaringkan 7 gol pada separuh masa permainan dalam perlawanan pra-musim yang berlangsung Ahad lepas. Vlahovic merupakan salah seorang penyerang yang dinilai tinggi di eropah.

Pemain ini telah dikaitkan dengan Liverpool dan Tottenham sepanjang musim panas lepas.

Vlahovic mempunyai 2 musim cemerlang bersama Fiorentina sebagai pemain utama dan pada musim lepas dia telah merekod 21 gol dalam 37 penampilan di Serie A.

Ekoran catatan yang memberangsangkan itu, nilainya mencanak naik dan mula mendapat perhatian kelab utama eropah.

Vlahovic terus meningkatkan minat kelab eropah apabila dia yang dibawa masuk dari bangku simpanan menjarigkan 7 gol dalam tempoh 34 minit ketika menentang pasukan divisyen 4, Foligno.

Selepas perlawanan tersebut ramai peminat menerjah masuk ke dalam media sosial miliknya untuk memberi kata-kata baik dan memuji aksi yang memukau itu.

Walaupun Vlahovic sering dikaitkan akan meninggalkan Fiorentina, pakar transfer Fabrizio Romano telah menyarankan supaya Fiorentina menawarkan kontrak baharu kepada Valhovic supaya mereka boleh menjualnya pada harga mahal pada masa hadapan.

Mana tahu Vlahovic jadi akan jadi power macam Haaland kan. Kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Fiorentina juga menegaskan Vlahovic tidak akan dijual pada masa terdekat ini.

Romano berkata macam ni.

“Fiorentina sedang membincangkan kontrak baru dengannya, dia masih mempunyai baki 2 tahun dalam kontraknya dan mereka mahu meraih banyak pitih ketika melepaskannya.”

Menurut laman web Itali Calcio In Pillole, Vlahovic juga mengulangi keinginannya untuk terus kekal di Itali musim ini.

“Saya gembira di Florence dan berkerja (keras) adalah satu-satunya jalan menuju kejayaan.”

“Sejak jadual (liga) dikeluarkan kami sudah memikirkan tentang perlawanan pembukaan menentang AS Roma.”

“Kami akan memberikan 200% dan kami akan melakukan yang terbaik. Saya akan berusaha untuk memastikan saya bersedia dan sentiasa belajar.

“Saya harap saya dapat melakukan lebih baik pada tahun ini.” – Desun Vlahovic

Vlahovic memulakan karier remajanya di tanah kelahiran bersama kelab gergasi Partizan. Pada usia 15 tahun dia telah diberikan kontrak profesional dan kurang setahun selepas itu dia di promosikan ke skuad utama.

Vlahovic memecah rekod pemain paling muda Partizan (16 tahun) beraksi bersama skuad utama ketika diturunkan dalam perlawanan menentang OFK Beograd pada Februari 2016.

Selepas 2 musim dia diumumkan oleh kelab akan dijual ke Fiorentina. Pada Jun 2017 Fiorentina menandatangi Vlahovic dengan mengikat memberi kotrak 5 tahun.

Namun Vlahovic perlu menunggu musim seterusnya untuk menyertai Fiorentina kerana umurnya masih belum mencecah 18 tahun.

Pada hari ini Valhovic baru berusia 21 tahun tetapi telah mempunyai 84 penampilan di Itali bersama 29 gol. Vlahovic juga telah meraih 7 penampilan antarabangsa dan menjaringkan 2 gol bersama Serbia.

Liverpool antara salah satu pasukan yang berminat mendapatkan Vlahovic, pemain ini dinilai berharga £52 juta. Ketika Vlahovic menjaringkan 7 gol itu para peminatnya menjadi sedikit naik hantu dan mendesak supaya kelab membelinya.

Di Tottenham pula, dengan harga £52 juta (paling kurang) mungkin menjadi masalah besar untuk mereka. Tottenham yang terkenal dengan sifat bakhilnya pasti akan berfikir 8 kali untuk mendapatkan Vlahovic.

“Mudah untuk difahami, Kane akan pergi ke Manchester City. Okay lihat, Fiorentina telah mengatakan tidak akan menjual (Vlahovic) sekarang, tetapi harga €60 juta cukup bahaya.”

“Jika kelab Inggeris mendapat lebih daripada €120 juta hasil penjualan Kane, mereka tidak mempunyai masalah unutk menawarkan €60 juta kepada Fiorentina.”

“Selama berbulan-bulan saya telah menerima isyarat jelas yang tidak boleh diabaikan, buat masa ini tidak ada keperluan untuk melakukan pembaharuan.” -kata Nuno Espirito Santo

Baca yang lain