Peminat Mahu Endrick Disertakan Dalam Piala Dunia Selepas Skor 170 Gol Dalam 172 Perlawanan

Pada hari ini, Endrick Felipe menjadi perhatian dunia. Dia kini menjadi buruan kelab kelab besar di Eropah.

Baru berumur 16 tahun; namun bakatnya sangat luar biasa. Dia  baru sahaja menandatangani kontrak bermain profesional secara rasmi dengan Palmeiras.

Kontrak itu cukup baik untuk mengeluarkan keluarganya daripada beban kemiskinan. Namun dalam 2 atau 3 tahun lagi, dia mungkin akan melipat gandakan hartanya sampai tak habis dimakan 7 keturunan.

Media Brazil mulai memberikan perhatian kepada pemain tersebut. Dan dia mulai digelar sebagai The Next Neymar setelah menjaringkan 170 gol dalam 172 perlawanan. Gila bukan?

Dia belum bermain seminit pun bola sepak senior, tetapi sudah ramai peminat di Brazil yang mahu dia disenaraikan dalam skuad Tite untuk Piala Dunia.

Dan, dua hari sebelum hari lahirnya yang ke-16, Endrick bercakap secara eksklusif kepada Sportsmail dari rumah keluarganya di Sao Paulo untuk wawancara pertamanya dengan akhbar UK.

Dia menyatakan dia mahu ke Eropah suatu hari nanti. Dia berkata dia sedia menyertai mana mana kelab besar seperti Real Madrid, PSG, Liverpool, Man City, Chelsea, Barcelona atau Manchester United sekalipun.

Nama Real Madrid mulai dikaitkan dengan Endrick. Mereka pernah memancing Vinicius Jr dengan harga EUR40 juta ketika pemain itu masih remaja lagi dan dikekalkan di Brazil secara pinjaman selepas itu.

Walaupun Brazil memiliki ratusan nama legenda unggul dalam bola sepak dunia. Namun Endrick menyatakan idola dan heronya ialah Cristiano Ronaldo. Mungkin itu akan memberikan kelebihan kepada Man United untuk mendapatkannya.

Dengan kenyataan Endrick ini, boleh dikatakan agak malang bagi Palmeiras, kerana mereka mungkin hanya menikmati bakat Endrick sekejap sahaja.

Dia dijangka akan menyertai salah satu kelab elit Eropah, hampir pasti apabila dia mencapai usia 18 tahun.

Dia pernah menghiasi laporan Marca di Sepanyol sebanyak 3 kali. Pundi Gary Lineker pernah melabel Endrick sebagai bakat istimewa selepas dia menjaringkan gol dengan bicycle kick.

Bercakap kepada Sportsmail, Endrick berkata: “Bagaimana saya menghadapi hype yang sedang berlaku? Saya cuba tenang dan mengingatkan diri saya bahawa saya masih sangat muda.”

“Saya cuba ingat bahawa saya masih budak budak dan ia hanya mahu bermain. Saya tidak mahu mengambil serius sepenuhnya buat masa ini.”

“Ya, saya mahu serius tentang kerjaya saya tetapi semasa bermain saya mahu berseronok sebanyak mungkin.”

Dia dinamakan pemain terbaik kejohanan itu pada ‘Copinha’ tahun ini – pertandingan Bawah 21 Tahun di Brazil.

Semoga dia dapat meneruskan momentumnya semasa muda. Kerana sekarang cabarannya berbeza. Dia pasti merasai tekanan tambahan di atas padang.

Faktanya, Endrick baru berusia 15 tahun ketika dia bermain dalam kejohanan Bawah 21 tahun. Dan persembahannya menjadi tumpuan media berbanding pemain lain.

Itu yang mencetuskan hype ataupun fenomena yang melampau.

“Saya fikir Copinha adalah saat saya menyedari bahawa saya melakukan perkara yang lebih maju daripada yang dijangkakan,” jelasnya.

“Walaupun saya sudah biasa bermain dengan kanak-kanak yang lebih besar, saya bukan protagonis untuk mempercayai saya istimewa sepenuhnya.”

“Tetapi kerana kejohanan ini, saya melihat bahawa tiada pemain lain yang melakukannya sebelum ini pada usia saya. Ketika itulah ia terlintas di fikiran saya. tentang bakat saya.”

Dia menyatakan bahawa dia mahu membantu keluarganya dengan bola sepak. Dia juga mendedahkan bahawa dia sekarang sedang mengurangkan penggunaan kaki kirinya yang dominan untuk melatih kaki kanannya.

Peminat di Brazil mendesak agar Tite memasukkan namanya dalam kempen Piala Dunia akan datang. Pastinya kisah itu akan menarik seperti mana remaja bernama Pele atau Ronaldo R9 satu ketika dahulu.

 

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil