Peminat Mahu Fernando Santos Berundur Sebab Taktikal Dinosour, Namun Beliau Pertahankan Taktikalnya

Fernando Santo mengakui beliau mendengar kritikan ke atas taktikalnya yang dianggap taktikal dinosour ataupun lapuk.

Ramai peminat Portugal meminta Santo berundur segera. Kerana beliau gagal membentuk DNA bola sepak menyerang dengan kualiti pasukan yang beliau miliki.

Portugal dianggap memiliki ramai pemain berbakat, namun dipersia siakan taktikal Santo yang klasik.

Walaupun sebelum ini Santo membawa Portugal memenangi Euro dan Piala Bangsa Eropah, namun peminat merasakan sudah tiba masanya dia berundur. Kerana generasi Portugal yang ada sekarang berbeza dengan sebelum ini.

Ramai pemain muda yang berbakat menggemari bola sepak menyerang. Ini termasuk pemain veteran seperti Cristiano Ronaldo.

Laman EIF Soccer berkata: “Fernando Santo selamanya dikenang sebagai wira negara, namun dia harus dipecat sebagai jurulatih Portugal sejak dulu lagi.”

“Dinosour yang bermain sangat negatif [pasif / bertahan], bola sepak yang tidak mengujakan. Ianya sangat menyakitkan untuk melihat dia menghancurkan skuad yang sangat berbakat ini.”

“Apabila sudah cukup, maka cukuplah.”

Namun begitu Fernando Santos membidas kritikan tersebut dan menyatakan bahawa beliau membentu pasukan yang ofensif dan moden.

Collin Millar menyatakan bahawa, Santos terlalu lama dimanjakan dengan kejayaan Euro 2016 yang lalu. Sedangkan pasukan yang ada pada hari ini sangat berbakat dan memerlukan jurulatih yang lebih baik.

Zack Lowry turut berpendapat, tiada alasan lagi Santos terus kekal di kem Portugal selepas kegagalan semalam.

“Saya tahu Portugal popular dengan kisah rasuah, nepotism [kroni], dan mengambil masa bertahun tahun untuk menyelesaikan masalah yang boleh diselesaikan seminggu. Namun ianya tiada alasan sama sekali untuk Fernando Santos terus kekal dengan jawatannya.”

DNA kami adalah menguasai bola dan menyerang – Santos

Selepas kekalahan di tangan Serbia, Santos mendengar pundit menempelak pendekatan dia yang bertahan dan membenarkan lawan menguasai bola.

Santos berkata: “Ini teruk. Awalnya seperti yang kami mahukan, tetapi akhirnya sebaliknya pula. Kita menjaringkan gol awal. Kita ada momen momen lebih awal. Dan kemudian kita mulai turun ke bawah, terlalu ke bawah.”

“Jadi, kita sukar untuk menyerang lawan kita, pemain keletihan. Kemudiannya kita gagal mengubah perlawanan ini.”

“Tetapi setiap kali kita menyerang, kita menghasilkan ancaman kepada mereka. Namun secara keseluruhannya, kita gagal mengancam mereka.”

“Ini tanggungjawab saya. Tak taulah chorr.”

“Saya memberitahu pemain bahawa mereka bertahan dengan baik, namun setiap kali kita ada bola, kita seharusnya mencipta lebih banyak peluang. Mungkin saya gagal menyebarkan mesej ini kepada pasukan di atas padang.”

“Pada separuh masa saya sudah memberitahu apa yang saya lihat dalam perlawanan ini. Perlawanan ini lebih kepada seimbang, dan bukannya perlawanan sukar sangat. Kita mencipta 2 atau 3 peluang gol.”

“Serbia pasukan lebih baik. Namun kita terus mencuba. DNA kami adalah untuk merampas bola dan bermain. Bernardo Silva mahukan bola, namun dia seorang sahaja yang nampak bersemangat untuk memegang bola dan menyerang.”

“Hari ini, kami bermain dengan kegugupan dan ketakutan. Ini tanggungjawab saya.”

Tentang play off, Santos menegaskan: “Kami sentiasa bermotivasi, kami akan berada di Qatar. Kami tahu kami tak melakukan sebaiknya. Kami sentiasa bermain untuk menang dan menyerang. Namun kadangkala, ianya tak seperti yang kami rancang. Dan sekali lagi, saya bertanggungjawab.”