Peminat Main Teka Di Mana Pemain Sivasspor Yang Pakai Jersi Putih Dalam Hujan Salji

Kecelaruan berlaku dalam perlawanan Liga Turki 2020-2021 antara Istanbul Basaksehir dan Sivasspor. Hal ini kerana pasukan pelawat yang berpakaian putih dalam keadaan hujang salji dan hampir tidak kelihatan di kaca televisyen!

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Fatih Terim dalam keadaan bersalji. Pastinya salji bukan masalah utama. Yang menjadi masalah utama, peminat bola sepak tidak dapat melihat di mana pemain Sivasspor.

Bola khas digunakan untuk memastikan ianya dapat dilihat oleh pemain, pengadil dan penonton. Malang sekali para peminat kali ini seolah olah melihat hanya satu pasukan bermain menentang halimunan di atas padang.

Hujan salji turun sepanjang perlawanan. Mujur pengadil dapat mengesan pemain Sivasspor. Sebenarnya Sivasspor ada mencadangkan untuk memakai jersi ketiga mereka berwarna merah.

Namun tidak dibenarkan Jawatankuasa Penganjur kerana warnanya konflik dengan jersi Istanbul Basaksehir yang berwarna oren. Basaksehir tidak mahu mengalah untuk memakai satu lagi jersi mereka berwarna hitam. Itu yang menjadi masalah.

Oleh itu, pegawai perlawanan merasakan tiada masalah untuk Sivasspor memakai jersi putih. Namun tidak disangka sangka salji turun sepanjang perlawanan.

Para peminat kemudian mengingat kembali nostalgia ketika era peraduan teka di mana bola. Cuma kali ini teka di mana pemain pula.

Pengulas perlawanan menganggap perlawanan ini sebagai mimpi ngeri untuk mereka. Hal ini kerana mereka memang tidak boleh mengesan di mana pemain berdasarkan pandangan daripada sudut visual di skrin digital.

Salji mulai turun pada minit ke-20 dan terus menghujani perlawanan tersebut. Bermula dari situlah keadaan menjadi huru hara atas padang.

Cem Yilmaz berkata: “Sekarang musim salji di Istabul ketika aksi Basaksehir – Sivasspor. Dan Sivasspor memakai hersi putih, merasakan ianya idea yang bagus.”

“Ya sebenarnya ada dua pasukan dalam foto ini, tengok betul betul dan pemain Sivasspor ada di situ.”

Perlawanan tersebut berakhir dengan seri 1-1.