Peminat Maki Carvajal Kerana Iktiraf Rakyat Sepanyol Tidak Rasis Sedangkan Vini Sampai Menangis Terkena Rasisme

Dani Carvajal mempertahankan bahawa rakyat Sepanyol tidak rasis. Dia dirundung persoalan tentang serangan perkauman yang terus menimpa rakannya, Vinicius Jr.

Pemain Brazil itu baru baru ini menangis di hadapan wartawan menyatakan bahawa dia melalui detik sukar, walaupun dia cuma mahu bermain bola sepak.

Vini Jr turut bertekad tidak akan meninggalkan Real Madrid: “Jika saya pergi bermakna mereka yang rasis ini menang,” tegas beliau.

Terbaru, rakan sepasukan Vini, Dani Carvajal menyatakan bahawa Sepanyol bukan negara rasis. Cuma kadangkala ada sesetengah pihak datang ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak dan melepaskan kemarahan di sana.

“Saya berpendapat Sepanyol bukan negara rasis. Kami ada nilai intergrasi yang sangat tinggi. Saya datang dari kawasan kejiranan yang sederhana. Saya membesar berkawan dengan kanak kanak dari berbeza kewarganegaraan tanpa sebarang masalah pun.

“Saya ada ramai kawan dari warna kulit berbeza. Malangnya ada sesetengah orang yang datang menyaksikan bola sepak untuk lepaskan kemarahan mereka.”

Ramai yang kurang setuju dengan komen Carvajal itu. Kerana menurut mereka sudah beberapa kali berlaku melibatkan orang Sepanyol.

Misalnya sebelum ini pasukan bola keranjang Sepanyol datang ke China dan bergambar dengan membuat mata sepet.

Mereka membandingkan England dan Sepanyol, jika apa yang berlaku pada Vini itu berlaku pada Son Heung Min di England, pasti England ada mekanisme lebih baik memeranginya.

“Itu jelas sekali menunjukkan Sepanyol ada masalah tidak peduli tentang budaya serta isu rasisme. Jika kamu melihat perkara ini berlaku pada Son Heung Min, di England mereka akan menangani isu ini lebih baik,” tegas komen tersebut.

Seorang lagi berkata: “Saya orang Sepanyol. Ibu ayah saya orang Sepanyol. Dan mereka selalu berkata bahawa negara kita ini penuh dengan rasis.”

Yang lain berkata: “Kawan kamu sampai menangis nangis dekat kerusi yang sama beberapa jam lalu kerana dia sudah tak tahan lagi dengan apa berlaku. Dan kamu hanya memberikan respon seperti ini?

“Kamu adalah kapten yang teruk.”

Mereka juga melabel Carvajal sebagai buta tuli kerana memandang remeh isu perkauman yang ada di Sepanyol. Menurut mereka inilah masanya untuk dia bersuara.

Peminat Real Madrid sendiri ramai yang kecewa dengan komen Carvajal.

Apa yang Carvajal lakukan menurut mereka hanya mahu mempertahankan negaranya dan menutup kebenaran.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di