Satu thread menarik dikongsikan oleh seorang peminat Man United di Twitter. Di mana dia membuat satu teori konspirasi berkenaan dengan nasib Manchester United dan Chelsea.
UTDCJ menjelaskan kenapa Man United berpotensi menjadi juara UCL jika melantik Pochettino berdasarkan rumus yang sama digunakan Chelsea sebelum ini.
Dia memulakan bebenang dengan: “Kali terakhir kelab memecat legenda mereka dan melantik bekas pengurus PSG, mereka memenangi UCL.”
Merujuk kepada Chelsea yang memecat Lampard sebelum ini dan kemudian melantik Thomas Tuchel. Pada musim yang sama Chelsea menjuarai UCL pada akhir musim.
Lampard sudah pastinya legenda sejati Chelsea. Sama seperti Ole di Man United. Lampard menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Chelsea. Manakala Ole merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman United untuk gol dari pemain simpanan.
last time a club sacked a club legend and hired the PSG manager, they won the UCL that season pic.twitter.com/VypsyGddw7
— ⚡ (@UTDCJ_) November 22, 2021
Seterusnya UTDCJ turut menyatakan bahawa musim Lampard dipecat, dia mencipta kemenangan 4-1 ke atas pasukan tercorot pada masa itu iaitu Sheffield. Sama seperti yang dicatatkan Ole yang menang 4-1 ke atas Newcastle.
Teori tersebut diteruskan dengan, rekod Tuchel dan Pochettino sebelum ini. Di mana kedua duanya pernah tewas di final UCL sekali di tangan pasukan memakai jersi merah pada hari final.
Pochettino bersama Spurs kalah di tangan Liverpool.
Manakala PSG di bawah Tuchel kalah di tangan Bayern Munich. Kedua dua kelab yang menewaskan mereka di final adalah diuruskan pengurus dari Jerman iaitu Jurgen Klopp dan Hansi Flick.
Kemudian, Chelsea ketika menjadi juara UCL diletakkan sekumpulan dengan Sevilla yang merupakan juara UEL pada musim sebelumnya.
United musim ini diletakkan bersama dengan Vilarreal juga sebagai juara UCL musim sebelumnya.
in the previous UCL season, chelsea had the 19/20 UEL winners Sevilla in their UCL group. this season united have 20/21 UEL winners Villarreal in their group pic.twitter.com/0JuxCwqfz0
— ⚡ (@UTDCJ_) November 22, 2021
PSG Mahukan Zidane, Sir Alex Mahu Pochettino Jadi Pengurus Manchester United
Nampaknya drama pencarian pengurus baharu Manchester United terus ada plot twist.’
Sebelum ini Man United sudah menyatakan minat mereka ke atas bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane. Zidane dianggap calon paling tepat untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ole.
Namun pengurus itu menyatakan dia tidak berminat ke Man United.
Selain daripada alasan mahu menunggu peluang menggantikan Didier Deschamps di Perancis, Zidane juga dikatakan mendengar pandangan isterinya yang ketika ini tidak mahu berpindah ke bandar Manchester buat masa ini.
Namun terbaru, Zidane dikatakan bakal mempertimbangkan tawaran daripada PSG. Julius Lauren melaporkan bahawa PSG sudah menghubungi pengurus dari Perancis itu yang merupakan juara UCL 3 kali.
PSG pula sedia melepaskan Pochettino ke Manchester United dengan syarat mereka berjaya mendapatkan Zinedine Zidane.
PSG yakin tawaran mereka sukar untuk ditolak Zidane. Selain daripada kekuatan pakej kewangan, PSG turut menawarkan Zidane peluang untuk melatih pemain seperti Neymar dan Messi.
🚨 Mauricio Pochettino is already in contact with Manchester United: he is ready to leave PSG mid-season.
PSG want to appoint Zinedine Zidane in Pochettino's place.
(Source: @Santi_J_FM) pic.twitter.com/h8KsdwVl0F
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 22, 2021
Pochettino dilaporkan berminat untuk mengisi kekosongan di Manchester United. Ini kerana pengurus itu ada perasaan yang sangat dekat dengan England. Isteri dan anak anaknya ketika ini masih tinggal di London, duduk di hotel.
Jika perjanjian berjaya dimeterai, Pochettino dijangka hanya akan menyertai United pada musim hadapan dengan status jawatan pengurus sepenuh masa dan bukannya interim.
Pochettino ketika ini tidak gembira dengan situasi di PSG. Di mana berdepan dengan kesukaran untuk mengawal sepenuhnya bilik persalinan PSG yang sarat dengan ego bintang bintang seperti Kylian Mbappe, Neymar dan Lionel Messi.
Selain itu, Pochettino juga tidak suka dengan layanan peminat PSG ke atasnya kerana seringkali meletakan harapan terlalu tinggi.
Seterusnya, sikan diva pemain ini membuatkan Pochettino mendapati dia tidak mendapat kuasa penuh sebagai pengurus. Perkara ini pernah dibangkitkan Tuchel sebelum ini.
Thomas Tuchel membuat satu pengakuan berani kepada La Gazzetta dello Sport menyatakan bahawa dia lebih selesa mengendalikan Chelsea berbanding dengan skuad serba bintang PSG.
Tuchel berkata kepada Gazetta Dello Sport: “Ianya lebih mudah melatih Lukaku berbanding Neymar dan Mbappe.”
🗣️"It's easier to manage Lukaku than Neymar or Mbappe. At PSG, I felt I was the Sport Minister. I had to also manage family members and friends of the stars." #CFC #PSG
-Tuchel pic.twitter.com/N6wzZ4lAUz
— Football Talk (@Football_TaIk) October 23, 2021
“Kedua dua kelab sangat berbeza dari segi gaya pengurusan dan struktur organisasi.”
“Di PSG saya seperti Menteri Sukan. Di mana saya juga harus menguruskan hal ehwal keluarga para pemain bintang ini termasuk kawan kawan mereka.”
“Di Chelsea, saya berkerja dengan lebih tenang.”
Pochettino kini mulai merasai tekanan yang sama. Di mana ada beberapa pemain mulai menunjukkan ego masing masing.
Man United dianggap destinasi yang tepat untuk Pochettino. Malah Sir Alex Ferguson sudah menyatakan pendiriannya bahawa dia menjadikan Mauricio Pochettino sebagai calon utamanya.
🚨 Sir Alex Ferguson is leading the charge for Manchester United to bring in Mauricio Pochettino. The PSG head coach would even be interested in becoming United manager NOW.
(Source: talkSPORT) pic.twitter.com/58JXbgqy9T
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 22, 2021