Peminat McGregor Terkejut, Google Menyatakan Petarung Itu Dah Mati 4 Ogos 2022

Satu hoax atau berita gurauan palsu telah tular yang menunjukkan bahawa bintang MMA Conor McGregor telah meninggal dunia. Ianya selepas Google menyenaraikannya sebagai telah meninggal dunia pada 4 Ogos 2022.

Tak baik betullah bergurau dengan kematian orang ni kan.

Sebelum kita pergi lebih jauh dengan berita ini, penulis di sini mahu menjelaskan bahawa bekas juara UFC Ireland itu masih hidup dan aktif di media sosial hampir setiap hari.

Dia masih lagi sihat dan cergas. Dia malah telah berkongsi beberapa sirti gambar dirinya dalam latihan dan bersantai di atas kapal layar mewah miliknya di Instagram dan juga ucapan lewat sempena harijadi Arnold Schwarzenegger di Twitter selepas legenda Hollywood itu berusia 75 tahun pada akhir Julai.

Namun ramai peminat terpaksa melakukan double check untuk maklumat Google yang menulis bahawa McGregor yang telah ditandakan sebagai mati pada profilnya.

Berita itu benar benar mengejutkan ramai peminat Conor McGregor. Kerana mereka pastinya tidak dapat menerima hakikat kalau petarung itu meninggal dunia pada usianya yang masih muda.

Adalah tidak diketahui bagaimana hoax ini boleh sampai keGoogle atau siapa yang memulakannya tetapi ramai orang lain telah menyedari ketidaktepatan ini dan telah mula mengetag McGregor dalam tweet dan bertanya: “Betul ke kau dah mati?”

Ada yang bertanya: “Kenapa Google menyatakan kamu dah mati?”

Ramai lagi peminat kecewa dengan Google yang memberikan informasi tak tepat tentang kematian McGregor.

Awal minggu ini diumumkan bahawa McGregor akan berlakon filem yang dibikin semula daripada filem kultus 80-an Road House bersama Jake Gyllenhaal.

Conor McGregor antara pertarung terbaik dalam sejarah UFC. Walaupun dikenali dengan sikapnya yang kurang disenangi ketika menjual pertarungan, namun Dana White tetap menganggap dia sebagai salah seorang petarung terpenting dalam menaikkan jenama UFC sehinggalah berada di tahap ianya pada hari ini.

Namun prestasi McGregor dalam beberapa pertarungan terakhirnya agak tidak memuaskan. Dan dia masih tidak mahu bersara daripada UFC. Malah bertekad akan bangkit dan mencari kemenangan sekali lagi.

Baca yang lain