Peminat Mengundi Liverpool Pasukan EPL Terhebat

Liverpool telah dipilih sebagai pasukan Liga Perdana yang paling hebat sepanjang zaman, selepas memenangi 21 daripada 22 perlawanan liga mereka musim ini.

Kebanyakkan peminat menganggap bahawa pasukan Liverpool ketika ini adalah pasukan yang paling hebat dalam sejarah Liga Perdana.

Jurgen Klopp berjaya memimpin anak buah nya mengharungi musim ini dengan cukup gemilang apabila berjaya membawa satu demi satu kejayaan bermula dari Champions League kemudian Super Cup dan terbaru Club World Cup.

Kerana itu lah Jurgen Klopp dipilih sebagai pengurus pasukan terbaik di dunia ketika ini.

Memecahkan Pelbagai Rekod Di Liga Perdana

Bagi musim ini pasukan Liverpool hanya seri satu perlawanan dan menang kesemua baki perlawanan yang telah mereka lalui di dalam kancah Liga Perdana.

Kini Liverpool sangat selesa memimpin Liga dengan 16 mata dan kurang satu perlawanan lagi di banding dengan Manchester City yang kini berada di kedudukan kedua Liga.

Hampir pasti menjadi Juara Liga musim ini, Liverpool dilihat bakal memecahkan begitu banyak record yang ada.

Mereka turun ke padang didalam setiap perlawanan sememangnya hanya fokus untuk menang dan membawa pulang 3 mata seterusnya menghancurkan rekod 100 mata Manchester City.

Mereka juga boleh menjadi pasukan kedua untuk melakukan keseluruhan kempen Liga Perdana tanpa kalah setelah Arsenal melakukannya sepanjang musim 2003/04.

Mengikut kepada corak permainan Liverpool sekarang hal itu sangat tidak mustahil untuk mereka laksanakan.

Origi yang beberapa musim lalu dibawa masuk semula selepas di pinjamkan ke pasukan Lille dan Wolfsburg membuat penyokong kurang senang dengan kehadiran beliau hingga meminta beliau di jual.

Namun beliau membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemain berkelas dunia yang banyak membantu Liverpool menjaringkan gol penting.

Tambahan untuk rekod Origi sudah mengharungi 1000 hari dalam Liga tanpa kekalahan.

Liverpool Kini Lebih Baik Berbanding Sejarah Manchester United

Sky Sports News telah mengadakan satu sesi undian bersama 7.1 juta pengikut mereka dengan bertanyakan “antara berikut yang mana menjadi pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris?”

Lebih daripada 300,000 peminat mengundi dan anda boleh melihat hasil akhir di bawah:

Sementara itu, The Reds masih lagi dalam perebutan Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Bermakna mereka masih boleh melengkapkan treble seperti apa yang pernah dicapai oleh Manchester United pada 1998/99.

Pasukan Liverpool sekarang ini adalah pasukan Liga Perdana Inggeris yang hebat.

Mereka mungkin masih belom menjulang kejuaraan Liga tetapi mereka sekarang di landasan terbaik untuk mencapai kejayaan menjulang kejuaraan Liga kali ke 19.

Tetapi adakah kebimbangan-kebiasaan mempengaruhi undi? Sudah pasti ada yang akan mengatakan bahawa keputusan undi itu datang dari penyokong Liverpool sendiri dan mungkin juga undi itu dari peminat Mo Salah yang sememangnya semangat dalam hal undi mengundi ini.

Adakah Undian Yang Dilakukan Itu Bias?

Pasukan Manchester United yang memenangi treble berada di kedudukan kedua.

Semasa musim Liga Perdana 1998/99, pasukan Sir Alex Ferguson hanya memenangi 79 mata, mengalahkan Arsenal dengan jurang perbezaan hanya satu mata.

Pasukan Manchester United ketika itu gagal menang dalam 16 perlawanan yang mana mereka seri 13 perlawanan dan tewas 3 perlawanan.

Mereka mungkin telah memenangi Piala FA dan Liga Juara-Juara dalam keadaan yang penuh dramatik akan tetapi adakah itu menjamin bahawa mereka adalah pasukan kedua terbaik dalam Liga Perdana Inggeris mengikut undian?

Dan mengikut undian itu juga di tempat ketiga adalah pasukan Arsenal yang berjaya melakukan “Invincible”.

Untuk mencapai kejayaan seperti apa yang dilakukan oleh pasukan Arsenal itu adalah sangat sukar. Mereka mengharungi Liga ketika itu tanpa kekalahan sepanjang musim.

Kerana itu lah hanya Arsenal sahaja pasukan yang berjaya melakukan nya. Mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang musim itu adalah misi terlalu sukar.

Tetapi Arsenal hanya meraih 90 mata sepanjang musim itu kerana mereka memiliki 12 keputusan perlawanan seri.

Selain itu,di tempat keempat dan terakhir didalam undian ini adalah pasukan Manchester City.

Mereka telah mengutip lebih banyak mata dalam satu musim berbanding dengan pasukan lain.

Manchester City dibawah kelolaan Pep Guardiola memperoleh 100 mata semasa kempen 2017/18, memenangi 32 perlawanan, mencatat 4 keputusan seri dan tewas dua kali.

Tidak semua orang akan bersetuju dengan kedudukan undian City yang diundi menjadi pasukan ke empat.

Akan tetapi jika hendak dinilai hanya pada persembahan di dalam Liga Perdana sahaja sudah tentu City lebih berhak di gelar pasukan Terbaik di dalam Liga.

Manakala jika Liverpool melepasi 100 mata,mereka akan menjadi pasukan Liga Perdana yang paling hebat sepanjang zaman. Kerana kejayaan mereka di dalam Liga perdana dan di pentas Eropah.

Kemudian, Invincibles Arsenal mungkin dinilai akan mendapat tempat ketiga.

Walaupun United mengecap sejarah treble mereka namun undian ini dinilai berdasarkan apa pencapaian terbaik mereka.

Dengan hanya mampu mengumpul 79 mata pada ketika itu mereka sepatutnya berada di kedudukan terakhir.

Jadi peminat yang membuat undian itu sudah pasti menilai pasukan Liverpool kini yang memimpin liga dengan tidak pernah kalah serta kejuaraan di pentas Dunia adalah pasukan terbaik Liga Perdana.

Baca yang lain