Kingsley Coman secara rasminya gagal menjuarai liga utama di negara dia bermain buat pertama kali dalam sejarah kariernya.
Ianya berlaku apabila Bayer Leverkusen dinobat sebagai juara Bundesliga yang baharu semalam.
Coman sebelum ini menjuarai 12 liga berturut turut bersama dengan Juventus, PSG dan juga Bayern.
For the FIRST time in his professional career, Kingsley Coman has NOT won the league title 😳❌ pic.twitter.com/e94baZESKy
— 433 (@433) April 14, 2024
Kini rekod itu lebur setelah sekian lama. Coman seringkali dianggap pembawa tuah oleh peminat bola sepak kerana rekodnya selama ini.
Peminat mulai mengusik Harry Kane. Di mana tangkal suwey Harry Kane yang seringkali malang tak pernah menang piala ternyata lebih kuat.
Kehadiran Kane ke Bayern atas tujuan mahu memenangi trofi. Perkara itu diakui sendiri oleh Kane musim lalu. Di mana dia menyatakan sudah tiba masanya pada fasa akhir kariernya dia mahu menjulang trofi.
Kane dianggap membuat pilihan tepat kerana Bayern adalah kelab yang auto trofi. Tetapi malangnya, awal musim, Kane dan Bayern terlepas Piala Super Jerman. Kemudian disingkirkan pasukan bawahan dalam Piala DFB.
Dan kini, Bayern terlepas Bundesliga buat pertama kali dalam sejarah selepas 11 tahun.
🇫🇷🏆- Kingsley Coman FAILS to win the league title for the FIRST time in his carer.
The Harry Kane curse. pic.twitter.com/O7EgrhsUoL
— SimplyGoal (@SimplyGoal) April 14, 2024
Walaupun gagal memenangi trofi domestik, Kane masih berpeluang memenangi UCL musim ini. Bayern masih dalam saingan UCL. Di suku akhir first leg Bayern terikat 2-2 dengan Arsenal.
Aksi timbal balik selepas ini sangat penting buat Bayern dan Kane untuk menamatkan musim ini dengan trofi.
Sementara itu Bayer Leverkusen menjuarai Bundesliga buat pertama kali dalam sejarah kelab itu. Dan mereka masih tidak lagi kalah.
Xabi Alonso yang merupakan bekas pemain Bayern menjadi arkitek di tepi padang dalam membantu Bayer Leverkusen mencipta sejarah ini.