Peminat Menyampah Tengok Ketamakan Marcus Rashford, Sebaliknya Hojlund Pula Dikeluarkan

Peminat Man United kecewa dengan ketamakan Marcus Rashford ketika dia digandingkan dengan Rasmus Hojlund dalam aksi antara Man United vs Brighton.

Man United kalah 1-3 di tangan Brighton. Walaupun bermula dengan sangat baik dalam perlawanan ini.

Namun United gagal untuk membalas dendam kekalahan ke atas pasukan yang terus menjadi badi mereka dalam beberapa musim ini.

Danny Welbeck, Pascal Gross dan Joao Pedro kesemuanya berada dalam senarai penjaring. Sementara United mendapat gol saguhati menerusi Hannibal Mejbri.

Peminat United sempat mempersoalkan kenapa Erik Ten Hag mengeluarkan Rasmus Hojlund dan bukannya Marcus Rashford yang menurut mereka hanya berjuang untuk mengejar namanya sendiri.

Rashford sebenarnya sempat mencipta peluang gol terbaik kepada Hojlund, namun gol itu dibatalkan kerana bola sudah melintasi garisan belakang.

Peminat tegar United yang juga merupakan salah seorang pengulas bola sepak popular di media sosial, Mark Golbridge antara yang lantang bersuara.

Salah satu insiden di mana peminat merasakan Rashford benar benar mementingkan diri adalah ketika situasi di mana Rasmus Hojlund berpeluang menjaringkan gol dengan tap in jika dia melakukan satu hantaran cut back.

Kenapa Hojlund dikeluarkan?

Erik Ten Hag selepas tamat perlawanan mengakui dia mendengar reaksi penyokong dalam stadium yang mengejeknya sebaik sahaja dia memutuskan untuk mengeluarkan Rasmus Hojlund dan bukannya Marcus Rashford.

Menurut Ten Hag dia gembira mendengar ejekan itu, sebagai bukti peminat Man United sudah ada keyakinan ke atas Hojlund. Namun Ten Hag terpaksa mengeluarkan pemain itu kerana isu kecergasan.

“Dia dikeluarkan kerana tidak tidak cukup cergas untuk bermain sepenuh masa.”

“Dia tiba di sini dengan isu kecil [kecederaan]. Dan dia belum cukup sedia untuk beraksi pada masa penuh.”