Peminat Nyalakan Lilin Depan Balai, Solidariti Buat Oppa Kris Wu Dituduh Menodai Lebih 20 Wanita

Penyanyi kpop China-Kanada, Kris Wu telah dicekup oleh polis Beijing kerana disyaki merogol. Artis yang digelar Putera Kpop China itu, nama sebenarnya Wu Yifan, dituduh merogol seorang pelajar, Du Meizhu (19), ketika wanita itu berusia 17 tahun.

Meizhu juga mendedahkan dia dan Wu pernah berpacaran sehinggalah Wu mulai mengabaikannya.

Agensi penyiasatan cawangan Chaoyang dari Biro Keselamatan Awam Beijing mengumumkan pada 31 Julai bahawa seorang lelaki Kanada berusia 30 tahun dengan nama keluarga Wu ditahan kerana disyaki memperkosa pelajar remaja. Ketika itu tiada nama dikeluarkan secara rasmi.

Media People’s Daily kemudian mengesahkan bahawa orang yang bernama itu adalah Kris. Berita itu mendahului berita di platform Weibo.

Dia dilaporkan menangis dan meraung tidak mahu dibawa ke balai polis. Dia terus meminta bantuan peguam daripada syarikatnya untuk membebaskannya daripada tahanan.

Kris Wu dikenali menerusi kariernya bersama dengan Exo. Dan kemudian memutuskan untuk keluar dari kumpulan itu pada 2014 atas alasan kesihatan mental. Namun sumber dalaman mengesahkan bahawa Wu sebenarnya tidak sehaluan dengan syarikat SM.

EXO menjadi salah satu kumpulan Kpop paling berpengaruh pada era mereka. Menjual album sebanyak lebih 1.8 juta unit pada tahun debut mereka.

EXO menjadi batu loncatan oleh Wu untuk mengorak langkah ke Hollywood. Di mana dia kemudian berkolaborasi dengan beberapa artis di sana termasuk Travis Scott. Selain berlakon bersama Vin Diesel dalam xXx: Return of Xander Cage serta bergandingan bersama Cara Delevigne dalam “Valerian and the City of a Thousand Planets.

Wu juga dianggap sebagai salah seorang peragawan yang sangat berjaya. Pernah berkolaborasi dalam acara fesyen dengan Tyga, Migos, serta Bella Hadid. Dia malah bermain dalam NBA celebrity all-star game bersama Justin Bieber.

Me Too vs Wu

Pada 31 Julai lalu, dia ditahan selepas kempen puak feminis China yang melancarkan kempen #MeToo, yang menyokong wanita untuk bersuara jika mereka pernah menjadi mangsa rogol atau cabul.

Seramai lebih lebih 20 orang wanita mendakwa mereka menjadi mangsa nafsu serakah Wu secara serangan seksual. Kerajaan China sudah mengarahkan agar nama Wu diharamkan buat seketika daripada mana mana acara. Seterusnya patung lilin dia di Madame Tussauds di Shanghai juga dikeluarkan.

Berdasarkan pertuduhan serius yang dia hadapi, China biasanya menjatuhkan hukuman penjara sangat panjang untuk kes seperti ini. China dikenali dengan ketegasan mereka dalam menghukum selebriti mereka yang bersalah namun seringkali dikritik rakyatnya kerana seringkali berlaku double standard ke atas artis dan orang kenamaan terutama sekali menteri.

Kumpulan feminis di China menganggap penangkapan Wu sebagai titik penting kepada berakhirnya era bad boy pada megastar. Di mana ramai artis popular menyalahgunakan populariti mereka dengan melakukan apa yang mereka suka termasuk mencabul dan merogol wanita sesuka hati.

Di China kempen Me Too ini sudah bermula sejak 6 tahun lalu. Namun beberapa nama selebriti dan orang kenamaan terlepas daripada hukuman dipercayai kerana dilindungi oleh kerajaan.

Bukan sesuatu yang mudah untuk gadis dan wanita tampil memberitahu mereka pernah menjadi mangsa rogol di China, sama juga seperti di negara Asia yang lain. Kerana masih ada ‘taboo’ bahawa gadis gadis ini takut ia mencemari nama keluarga mereka.

Seterusnya banyak post post berkaitan dengan kempen memerangi jenayah seksual ini akan ditapis dan dibuang oleh organisasi kerajaan yang mengawal selia serta memantau media sosial termasuk Weibo. Ramai wanita mulai menggunakan emoji untuk mengelak daripada censorship itu.

Kes Kris Wu ini diharap akan mengubah layanan kerajaan China ke atas artis popular dan tokoh ternama yang lain. Kerana ianya mendapat liputan hangat di luar negara.

Kempen Me Too di China ini digerakkan oleh “feminist five” telah berjaya memotivasikan wanita wanita ini untuk tampil berani. Kerana mereka adalah mangsa dan bukannya pemangsa.

Kris Wu yang popular

Wu digelar ‘gege’ ketika bersama EXO merujuk kepada panggilan big brother atau abang besar. Dia dianggap seorang ketua yang tegas dan ramai peminat. Perbalahan dengan SM membawa kepada pemergiannya dari syarikat itu. Ramai peminat memuji tindakan tegasnya masa itu.

Namun kehidupan Wu di luar tak uba seperti golongan yang digelar media Korea sebagai The Great Gatsby. Lelaki kaya yang bergaya dan menjadi pujaan wanita. Dia berubah daripada imej ala ala cute artis Kpop kepada lelaki yang sosial, lebih ‘jahat’ dengan suka menunjuk kereta mewah serta imej hip hop barat.

Dia pernah masuk dalam senarai 10 artis China paling berpengaruh di Forbes 2017. Mengeluarkan album solo ‘Antares’ yang pada 2018, yang berjaya menewaskan album Ariana Grande dan Lady Gaga di carta iTunes Amerika Syarikat dan mendapat platinum di China.

Tetapi sekarang nama Wu telah rosak. Kerana pelajar berusia 19 tahun bernama Du Meizhu menuduh Wu memerangkapnya ke hotelnya dan melakukan serangan seksual.

Du Meizhu: Wu Yifan adalah pemangsa seksual

Meizhu sebelum ini mahu bersuara namun kekurangan bukti. Malah mengetahui bahawa Wu ada ramai peminat tegar yang akan menyerangnya jika dia bersuara tanpa bukti kukuh.

Meizhu mendapat beberapa footage CCTV penting yang menunjukkan dia diperdaya oleh Wu untuk ke penginapannya. Wu dianggap pemangsa seksual yang pergi memburu mangsanya di luar sana.

Du Meizhu turut bercakap dengan beberapa lagi mangsa Wu dan membuat kesimpulan bahawa ada tiga kaedah yang digguanak Wu dalam memperdaya wanita wanita ini ke hotelnya.

3 cara Wu memerangkap mangsanya

Pertama, memberitahu wanita yang dia mahu tiduri itu bahawa mereka terpilih menjadi model dalam klip video terbarunya. Namun dia menyatakan bahawa temuduga dan casting perlu dilakukan waktu malam di hotelnya untuk membolehkannya memilih calon terbaik. Wu turut menawarkan pakej kononnnya, wanita wanita ini berpeluang bernaung di bawah label syarikatnya.

Kedua, dia akan keluar mencari gadis yang cantik dan kemudian konon konnonya membuat kejutan bahawa gadis itu memenangi pakej jemputan khas dalam sesi “meet and greets”. Ketika tiba di hotel peminat itu mendapati tiada sesi meet and greet, sebaliknya cuma sesi berdua duaan bersama Kris.

Dan ketiga adalah menerusi orang tengah. Biasanya dari wanita yang dia pernah tiduri mahupun ejen tertentu. Wanita dan ejen ini akan diberikan bonus referral, sebanyak 10k yuan jika memperkenalkan Wu dengan gadis cantik yang lain.

Du Meizhu terkena menerusi modus operandi yang pertama ketika dia berusia 17 tahun pada ketika itu. Dia gembira mendapat panggilan telefon daripada Kris Wu dan dijemput oleh salah seorang pengurus Wu. Ketika tiba di hotel, Meizhu mendapati tiada sesi casting seperti dijanjikan dan dia hanya diajak bersuka ria dengan sesi minum minum bersama Kris dan dua orang lagi gadis sebaya dengannya.

Paling gila, Wu seorang yang panas baran apabila gadis gadis ini tidak menuruti kehendaknya dan mengancam untuk menghancurkan karier gadis gadis ini sebelum ianya bermula. Ini dengan memberitahu syarikat syarikat hiburan serta agensi hiburan yang berpengaruh bahawa gadis gadis ini perlu disenarai hitamkan kerana memberikan masalah.

Pada malam itu, Du Meizhu dipaksa minum arak dengan banyak dan mabuk. Ketika bangun pada keesokannya dia menyedari dia di atas katil Wu dan sudah dikerjakannya. Selain itu, Du Meizhu menyatakan bahawa Wu seorang yang tak suka menggunakan alat perlindungan ketika melakukan hubungan dengan gadis yang dia tiduri.

Selepas itu Wu akan berpura pura menyesali apa yang berlaku kerana dalam keadaan mabuk serta berjanji akan bertanggungjawab dengan membantu wanita wanita ini di masa akan datang. Namun sebenarnya Wu tidak pernah kisah pun. Dia malah menjauhkan dirinya. Pada Mac tahun ini. Wu mulai tidak menjawab sebarang panggilan dan mesej Du Meizhu yang bertanya di mana janji janji Wu yang mahu membantunya.

Lebih kecewa Du Meizhu yang sebelum ini dijanjikan dengan satu projek dengan Wu telah disisihkan sama sekali dan mendengar rakaman video tersebut sudah pun bermula.

Wu telah melanggar kontrak tanpa memaklumkan kepada Meizhu dan dia mengambil gadis lain untuk projek tersebut.

Wu nafikan semua pertuduhan

Du Meizhu kemudian mengeluarkan beberapa siri tangkap layar perbualan dia dengan Kris. Dan selepas melakukan beberapa siasatan, dia mendapati bahawa dia gadis bawah umur yang kedua menjadi mangsa scam Wu. Itu yang dia tahu, dan dia yakin ada lebih ramai lagi.

Kris Wu pernah memindahkan wang CNY 500,000 / $77,000 atau RM325,000 sebagai duit settle luar atau untuk tutup mulut. Tetapi Du Meizhu memulangkannya kerana berkata dia tidak akan menutup mulutnya hanya kerana sogokan. Dan berjanji akan berjuang sehingga Wu dipenjara.

Wu menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya yang dibacakan di mahkamah pada 19 Julai lalu. Dia bertekad akan membersihkan namanya.

Wu berkata: “Kalau betul aku berperangai begitu, aku boleh jamin, aku sendiri yang akan memenjarakan diriku. Aku simpan kata kata ku ini sebagai rujukan undang undang, jika benar aku didapati bersalah” kata Wu yang mengakui bahawa dia seorang penentang utama jenayah seksual ke atas wanita.

Pihak studio milik Kris mengeluarkan kenyataan bahawa Du Meizhu mengolah sendiri perbualan yang di-screen shot itu serta resit penyata bank tentang wang yang dipindahkan Wu.

Du Meizhu berkata, dia akan membongkar lebih banyak lagi selepas ini.

Kes Wu ini telah menghangatkan lagi dunia hiburan. Di sebelah barat, artis ternama seperti Harvey Weinstein dan Bill Cosby antara mereka yang sudah tertewas kerana kesalahan lampau mereka.

Pejabat Belia Liga Komunis China memberikan komen: “Apa yang menjadi perhatian kami ketika ini adalah bukannya tentang gosip artis artis, tetapi kami prihatin ke atas apa itu kebaikan dan apa itu kejahatan dan apa itu kehodohan dalam masyarakat. Kami prihatin tentang keadilan dan kebenaran berdasarkan prinsip undang undang.

Kes ini bukan sekadar kes selebriti dengan gadis seperti yang selau berlaku di China. Ianya menjadi lebih besar daripada sebelum ini kerana impak kes ini kepada masyarakat dan imej negara China dalam mengendalikan kes seperti ini.

Skandal seksual artis kpop

Kris Wu bukanlah artis kpop pertama yang dikenakan tuduhan kesalahan seksual yang berat. Sebelum ini, bekas anggota Big Bang, Seungri menjadi idola kpop pertama dikenakan pertuduhan terlibat dalam pemerdagangan wanita untuk dijadikan pelacur pada 3 tahun lalu.

Seungri juga dianggap Great Gatsby. Gemar berparti dengan kehidupan mewah di Gangnam. Namun kes dia dibicarakan di mahkamah tentera kerana ketika itu dia berada dalam latihan ketenteran Korea.

Ramai juga yang menganggap kerajaan Korea dengan sengaja cuba melindungi artis Kpop mereka daripada pengadilan di mahkamah awam. Kes ini sebenarnya sangat rumit dan beberapa lagi selebriti terlibat. Seungri menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya.

Seterusnya, kempen #MeToo di Korea juga berjaya menjatuhkan Jo Jae Hyun atas kesalahan keganasan seksual ke atas beberapa wanita termasuk selebriti Choi Yul. Jo pernah meminta maaf malah dalam satu kenyataannya dia mengakui kesilapannya.

Dipetik dari Koreaboo, Jae Hyun ketika itu berkata: “Saya akan melupakan segalanya. Saya tidak akan mementingkan diri sendiri lagi. Saya tidak akan lari daripada masalah ini. Saya akan berlapang dada dan merenung kembali kesilapan saya dan meminta maaf kepada semua mereka yang pernah menjadi mangsa. Saya sangat malu dan mohon maaf.”

Tetapi yang gilanya, mahkamah Seoul menyatakan tuduhan itu tidak berasas dan salah seorang mangsanya pula didenda $260,000 kerana merosakkan imej Jo Jae Hyun.

Choi kemudian berkongsi kekecewaannya di atas keputusan mahkamah dan menyatakan dia pernah menerima ugutan bunuh daripada peminat Jo Jae Hyun.

Choi memutuskan untuk melupakan bidang lakonan kerana dia tidak mahu perkara perkara lain lebih buruk berlaku terutama sekali kepada anak anaknya.

Wu berdepan kehilangan tajaan

Menurut Nikkei Asia, Wu menerima bayaran sekitar $3 juta untuk sesebuah tajaan. Dia menerima tajaan daripada banyak sekali syarikat, antara yang besar adalah Lancome, Bulgari, Louis Vuitton, dan Porsche. Wu kini berdepan dengan kehilangan kontrak $20 juta / RM84.5 juta kerana pertuduhan ini.

Ada banyak syarikat gergasi sebelum ini menamatkan kontrak dengan bintang tajaan mereka, hanya dengan ‘dikaitkan’ dengan kesalahan seksual.

Peminat Wu berkumpul nyalakan lilin

Satu video tular di Weibo memaparkan peminat Kris Wu berarak dan berkumpul untuk memberikan solidariti kepada Wu dengan menyalakan lilin. Mereka melakukannya di hadapan balai polis tempat Wu ditahan.

Mereka menyanyikan lagu lagu Wu sambil melaungkan bahawa Wu tidak bersalah.

Salah seorang peminat wanita berusia 20-an, Yao berkata: “Aku tak peduli dengan feminisme ini semua. Aku cuma nak artis kami dibebaskan. Dia tak bersalah.”

“Aku tak akan percaya sama sekali orang sebaik oppa Kris Wu akan merogol wanita lain. Peminat sejati dia akan kenal siapa dia. Aku yakin keadilan akan tertegak juga nanti,” kata Yao yang merupakan admin page peminat Wu di Weibo.

Seorang lagi fangirl kepada Wu mengutuk Du Meizhu.

“Aku rasa yang syaitan dalam hal ini adalah si tahi itu [merujuk Du Meizhu]. Dia patut bersyukur kalau Wu memandang dia sekalipun, itupun kalau oppa nak buat macam tu.”

“Selepas dia dibebaskan daripada pertuduhan ini, aku akan cari mana mana peminat fake oppa Wu, aku pastikan mereka akan menyesal.”

Elise Hong yang berusia 24 tahun berkata dia mahu peminat Wu yang lain kekal rasional: “Aku dah lama meminati oppa Kris sejak zaman EXO lagi. Ini tak logik langsung siakk untuk bekap orang dituduh menodai ramai gadis dan wanita – dan ramai mangsa dia bersuara tu. Ini menakutkan wei. Naluri aku menyatakan, situasi ni nampak tidak bagus.”

“Sebagai wanita, kita kena saling menyokong wanita lain terutama yang sedang dalam masalah seperti ini. Aku boleh katakan bahawa, Du dan gadis gadis ini sangat berani. Kesan tindakan mereka kepada hidup mereka jika mereka menipu sangat besar.”

Tindakan peminat fanatik Wu yang membakar lilin dan menyanyi bersolidariti untuk Wu mendapat kecaman daripada ramai pihak.

Rujukan

Insider Asia

Jaynestar

Korea Boo

Baca yang lain