Peminat Pelik, Pemain Iraq Dibuang Padang Kerana Keraian Makan Bersila

Aksi antara Jordan dan Iraq penuh dengan drama. Daripada episod kebangkitan sehinggalah kad merah yang paling kontroversi setakat ini.

Jordan di hadapan pada masa kecederaan separuh masa pertama menerusi jaringan Yazan Al Naimat.

Kemudian Iraq membalas dengan dua gol. Gol pertama menerusi Saad Natiq pada minit ke-68.

Kemudian Aymen Hussein meletakkan Iraq di hadapan pada minit ke-76. Dia meraikan gol itu dengan keraian ‘makan bersila’.

Hanya seminit selepas dia menjaringkan gol, pengadil Alireza Faghani telah melayangkan Aymen kad merah setelah mengutip 2 kad kuning kerana keraian yang melampau atau excessive celebration.

Ramai peminat pelik dengan kad kuning kedua yang bermaksud ka merah itu. Di mana ianya dikira melampau? Jika mengadil menganggap pemain Iraq itu menghina budaya masyarakat Jordan yang makan bersila dengan tangan, kebanyakan negara asia memang begitu.

Terutama sekali Iraq dan Jordan juga negara Arab dan mengamalkan budaya yang sama. Pengadil juga berdarah Asia dari keturunannya walaupun dia berdaftar di Australia.

Pemain pemain Iraq kehairanan dengan kad merah itu.

Ada juga membuat teori, mungkin pengadil merasakan Aymen melengahkan perlawanan dengan keraian itu. Namun mereka tidak nampak pula pemain itu terlalu melengahkan perlawanan.

Adam Hancock menerusi Al Jazeera berkata: “Saya tak percaya dengan apa berlaku ini, beberapa saat selepas menjaringkan gol, Aymen Hussein dibuang padang. Dia mengutip kad kuning kedua, kerana keraiannya.

“Saya tak tahu apa yang tak dia buat salah di situ?? Tetapi pengadil tanpa berfikir panjang terus melayangkan kad. Ianya adalah detik yang akan menjadi pengubah.”

Iraq bertahan dengan sebaiknya sehingga minit ke-90 dengan bermain 10 pemain. Dan mereka sudah mulai melihat selangkah kaki mereka di suku akhir.

Malangnya, Yazan Al Arab menyamakan kedudukan pada minit ke-90+5.

Ini diikuti gol oleh Nizar Al Rashdan pada minitke-90+7. Dan Jordan mara ke suku akhir kerana 2 gol lewat masa kecederaan itu.

Ianya diakui perlawanan yang menghiburkan namun peminat masih perlukan jawapan kenapa Aymen dilayangkan kad merah?

Seterusnya, Jordan juga meraikan dengan gaya yang sama sebelum itu, namun kenapa tidak ada kad dilayangkan?

 

Baca yang lain