Peminat Pelik Southgate Tetap Mahu Kane Lapor Diri Walaupun Cedera

Peminat Bayern Munich benar benar terkejut apabila Gareth Southgate masih mahu Kane melapor diri untuk tugasan antarabangsa walaupun pemain itu cedera.

Kane yang sebelum ini mengalami kecederaan di buku lali telah disahkan oleh Bayern Munich perlu menjalani rawatan pemulihan.

Dan Bayern benar benar berharap England tidak akan memanggil kapten Tiga Singa itu untuk tugasan persahabatan antarabangsa menentang Brazil dan Belgium.

Namun Sami Mokbel dan BBC Sports mengesahkan bahawa Kane harus melapor diri ke kem England. Southgate malah tidak menolak bahawa dia mungkin akan menurunkan Kane bergantung kepada situasi kecederaannya.

Tindakan itu membuatkan peminat Bayern benar benar bengang dan tak percaya. Mereka menganggap Southgate seolah olah mempersoalkan intergriti kem Bayern Muncih dalam laporan kecergasan Harry Kane.

Seolah olah ia cuma taktik Bayern tidak mahu melepaskan pemain itu untuk minggu antarabangsa.

Sebelum ini Southgate akui kecewa kerana Ben White menolak panggilannya untuk tugasan kali ini. Jadi dia tidak mahu kehilangan Kane pula.

Peminat England sendiri tidak faham dengan Southgate. Ada yang memberikan komen: “Itu cuma aksi persahabatan je la, bagilah peluang Ivan Toney main no.9.” kata mereka.

Southgate seringkali dikecam kerana terlalu taksub dengan beberapa pemain utamanya seperti Harry Kane, Jordan Henderson, James Maddison, Raheem Sterling, Harry Maguire dan Kalvin Phillips – mereka tetap dipanggil walaupun tidak beraksi bagus atau kurang minit permainan.

Sehingga nama nama tersebut dipanggil Southgate Boys oleh peminat England.

Tapi mujur James Maddison sempoi je respon dengan ejekan Southgate Boys.

Baca yang lain