Penyokong Perancis melancarkan petisyen untuk meminta perlawanan final Piala Dunia 2022 diadakan semula.
Ini selepas beberapa insiden yang menurut mereka tidak berpihak kepada mereka dan menganggap dua gol pertama Argentina adalah tidak sah.
Lebih 210,000 orang menurunkan tandatangan untuk meminta perlawanan semula.
Penalti Argentina didakwa tidak sah kerana menurut peminat Perancis, Dembele tidak melakukan kesalahan. Sentuhan ke atas Di Maria dianggap terlalu lembut dan pemain Argentina itu dituduh melakukan simulasi.
Mereka meminta pengadil Poland, Szymon Marciniak melihat semula
Seterusnya gol kedua Argentina, mereka mendakwa bahawa Kylian Mbappe terlebih dahulu dikasari oleh Christian Romero. Ianya berlaku sebelum Argentina melancarkan serangan balas yang membawa kepada gol kedua Argentina menerusi Angel Di Maria.
Walaupun rata rata peminat di seluruh dunia memuji prestasi Marciniak, namun mereka yang mahukan perlawanan semula itu percaya bahawa pengadilan perlawanan hari itu sudah dijual.
Dalam satu lagi tuduhan bahawa Argentina tidak layak menjadi juara adalah dakwaan oleh L’Equipe bahawa gol ketiga Argentina tidak sepatutnya diberikan kerana pemain pemain simpanan Argentina didakwa menceroboh padang sebelum gol itu berlaku.
Petisyen untuk perlawanan semula itu setakat ini sudah mengumpul lebih 200,000 tandatangan dan mereka mahukan sehingga 500,000 tandatangan untuk menunjukkan betapa mereka mahukan perlawanan ulangan tersebut.
France appeared to replay the World Cup final petition #QatarWorldCup2022 pic.twitter.com/i8Son5zvsd
— 一竞技 (@1jingjicom) December 25, 2022
Perancis turut mendapat dua sepakan penalti dalam final yang membolehkan Mbappe mencetak hatrik dalam aksi sangat dramatik.
Perlawanan seri 3-3 untuk 120 minit (selepas masa tambahan) namun Argentina menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.