Neymar membuatkan peminat PSG marah apabila dia dengan terbuka meraikan gol Raphinha ke atas PSG.
Neymar sebelum ini pernah menjadi pemain termahal di dunia – rekod itu masih kekal – ketika menyertai PSG dengan nilai €212 juta.
PSG sanggup membayar klausa pelepasan tersebut, setelah Neymar sedia mengaktifkannya. Ketika itu Neymar merengek mahu menyertai PSG dan buat hal ketika di Barca.
Ini termasuk bergaduh dengan rakan sepasukannya di pusat latihan.
Ketika menyertai PSG, Neymar diumum sebagai teras kepada projek sukan di kelab itu. Di mana dia menjadi fenomena di kalangan peminat PSG.
Tidak lama selepas itu PSG mendapatkan Kylian Mbappe untuk digandingkan dengan Neymar. Malangnya gandingan kedua dua pemain itu tetap gagal memberikan PSG kejuaraan UCL yang menjadi idaman mereka. Paling hampir adalah PSG layak ke final namun kalah.
Neymar pada satu ketika pernah meminta untuk dijual semula ke Barcelona ketika dia tidak sehaluan dengan Nasser Al Khelaifi yang mulai mempersoalkan disiplin pemain itu.
Nasser malah pernah membanding bandingkan Neymar dengan Mbappe, yang lebih berdisiplin dan bersemangat walaupun dia masih muda.
PSG bagaimanapun berkeras tidak mahu menjual Neymar.
Musim berikutnya, PSG melanjutkan kontrak Mbappe dan mengumumkan bahawa teras kepada projek sukan mereka adalah Mbappe, bukan lagi Neymar.
Ketika itu Neymar mulai berckecil hati dan dia diminta mencari kelab baharu. Neymar enggan berpindah kecuali hanya ke Barcelona. Di mana Barca pula ada masalah kewangan untuk membayar harga perpindahannya.
Neymar mulai menjadi musuh kepada ultras PSG yang menuduh pemain itu sebagai tak berguna dan makan gaji buta. Ultras PSG sempat berkumpul protes di hadapan rumahnya walaupun pada masa itu dia masih berehat kerana kecederaan.
Setelah itu, tawaran dari Arab Saudi pun tiba. Neymar akhirnya berpindah ke sana dengan nilai perpindahan sekitar €90 juta.
Pastinya peminat PSG masih berharap Neymar masih menghormati kelab mereka ketika PSG menentang Barca.
Malangnya dia telah meraikan sekali gol Raphinha yang menggunakan keraian yang sering digunakan Neymar ketika menentang PSG.
Pemain itu mencetak 2 gol untuk membantu Barca menang 3-2 ke atas PSG di Paris.
Bagaimanapun peminat PSG benar benar marah dengan Neymar yang merupakan bekas pemain utama pasukan mereka.
❗Neymar comments on Barcelona's post about Raphinha hitting his celebration against PSG, Neymar's former club. pic.twitter.com/81x3xHSlma
— Barça Universal (@BarcaUniversal) April 11, 2024
Harus diingat bahawa Neymar pernah melabel Barcelona sebagai kelab sepanjang hayatnya. Dia menganggap Barca sebagai rumah keduanya.
Malah ketika di PSG, dia seringkali melawat bandar Barcelona, kerana keluarganya, termasuk anaknya tinggal di rumah mereka yang dibeli di sana.
PSG masih berpeluang untuk mara ke separuh akhir. Kerana mereka masih ada aksi timbal balik di Sepanyol selepas ini.
Peraturan UCL sekarang, tiada kelebihan gol tempat lawan yang dikira dalam aksi kalah mati.