Peminat Qatar Kecewa Dan Tinggalkan Stadium Lebih Awal

Beribu-ribu penyokong Qatar meninggalkan Stadium Al Bayt sebelum perlawanan tamat, ketika aksi kekalahan 2-0 tuan rumah kepada Ecuador dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia mereka pada Ahad.

Peminat Qatar berharap negara mereka akan mengejutkan peminat bola sepak dunia dengan prestasi luar biasa dalam kejohanan itu. Duta Piala Dunia Tim Cahill dan Samuel Eto’o antara yang menyokong mereka untuk mara dari Kumpulan A dan menyingkirkan England dalam perjalanan ke suku akhir.

Namun pasukan Felix Sanchez akhirnya diberikan realiti sebenar pada hari Ahad, apabila Ecuador berjaya memenangi perlawanan dengan aksi sangat dominan.

Kapten Enner Valencia menjaringkan gol dalam masa tiga minit, walaupun gol itu dibatalkan secara kontroversi kerana ofsaid. Valencia kemudian menjaringkan dua gol untuk memastikan 3 mata milik Ecuador.

Terdapat suasana yang sangat luar biasa di dalam Stadium Al Bayt menjelang  sepak mula perlawanan, ketika upacara pembukaan berlangsung.

Legenda Hollywood Morgan Freeman dan bintang pop Korea Selatan, Jung Kook adalah antara yang membuat persembahan sebelum perlawanan bermula.

Kira-kira 67,000 Qatar, Ecuador dan penyokong neutral berkumpul di lapangan untuk menyaksikan aksi itu berlangsung. Terdapat sekumpulan besar peminat Qatar di salah satu seksyen, yang melompat-lompat dengan bersemangat untuk menaikkan semangat pasukan mereka. Mereka telah digelar ‘Ultras Qatar’.

Namun penyokong itu didiamkan pada separuh masa pertama dengan kecemerlangan Valencia. Pemain berusia 33 tahun itu, yang sebelum ini bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham dan Everton, menembusi gawang Qatar untuk membuatkan tuan rumah tertanya-tanya sama ada mereka akan mengutip satu mata dalam kejohanan itu.

Qatar menjadi negara tuan rumah pertama yang kalah dalam perlawanan pembukaan. Lebih barai, mereka tanpa sebarang percubaan tepat atau shots on target.

Perlawanan Ecuador adalah perlawanan paling mudah untuk Qatar di atas kertas, kerana mereka selepas ini akan berdepan dua perlawanan yang dianggap lebih sukar menentang Belanda – yang dianggap sebagai pasukan terkuat dalam Kumpulan A – dan juara Afrika Senegal (walaupun Sadio Mane terlepas kejohanan kerana kecederaan).

Ketika melihat pasukan mereka bergelut di atas padang, ribuan peminat Qatar mulai meninggalkan stadium lebih awal. Walaupun Ultras Qatar berterusan bersorak untuk pasukan mereka.

Banyak tempat duduk mulai dikosongkan hanya selepas 15 minit separuh masa kedua berlangsung.

Ini adalah penampilan pertama Qatar di Piala Dunia selepas gagal melayakkan diri ke mana-mana edisi sebelum ini.

Pasukan kebangsaan mereka telah meningkat dengan ketara di bawah pengurusan Sanchez sejak beberapa tahun kebelakangan ini – mencatatkan kemenangan yang terkenal menentang Jepun di Piala Asia pada 2019.

 

Baca yang lain