Penyokong Real Madrid sebelum ini kerapkali menyakitkan hati penyokong Chelsea kerana mereka berjaya mendapatkan pemain pemain hebat kelab tersebut. Bermula dari Courtois, Real Madrid kemudian berjaya mendapatkan salah seorang pemain terbaik dalam sejarah Chelsea, Eden Hazard.
Namun situasinya semalam berbeza. Mereka menjadi sangat marah dan kecewa dengan Eden Hazard. Ini selepas pemain itu bergelak ceria dan bersuka ria dengan pemain pemain Chelsea sebaik sahaja Real Madrid dah tersingkir daripada UCL musim ini.
Real Madrid kalah 2-0 di Stamford Bridge dan tersingkir dengan agregat 3-1.
Selepas tamat perlawanan Hazard bersalaman dengan pemain pemain Chelsea dan ketawa ketawa comel. Hazard sudah tentu rapat dengan pemain pemain tersebut kerana dia sudah lama bermain di sana.
Tetapi situasi itu tidak dapat diterima peminat Real Madrid yang menganggap Hazard ketawa tak kena tempat dan masa.
Peminat peminat Chelsea gembira melihat legenda mereka ternyata masih ramah mesra dengan pemain pemain mereka. Ini adalah kepulangan pertama Hazard ke Stamford Bridge selepas berpindah dengan nilai £120 juta secara keseluruhan.
Eden Hazard once a blue always a blue 💙 pic.twitter.com/7l6ROXqGMJ
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) May 6, 2021
Twitter peminat Real menyatakan dua pemain no.7 terbaik Real Madrid ialah Raul Gonzales dan juga Cristiano Ronaldo. Dan meminta Hazard belajar erti bermain dengan kelab terbesar di dunia.
The number 7 has the utmost importance in the history of Real Madrid..
Hazard must learn what it means to wear this number for the biggest club in the world.. pic.twitter.com/NMetUUzcXN
— Real Madrid Analysis (@rmdanalysis) May 5, 2021
Ramai yang membandingkan reaksi Hazard dengan Cristiano Ronaldo sebelum ini. Di mana Bangdo dilihat sangat sugul ketika Real Madrid kalah.
The Real Madrid Shirt is white. It can be stained by sweat, mud, or even blood but never with shame.
Hazard never understood this before this. pic.twitter.com/kbP5amLIcc
— Martial🇬🇭🇳🇬 (@RMAOzil10) May 5, 2021
Mereka juga menganggap Hazard tak layak memakai jersi Ronaldo.
Eden Hazard doesn’t deserve Cristiano Ronaldo’s legendary jersey. pic.twitter.com/VzAx2y7x4p
— maram_krado (@maramkrado) May 5, 2021
Seorang lagi peminat berkata: “Menyanyangi Eden Hazard sampai ke mati, tetapi ini tak boleh dimaafkan.”
“Masalah terbesar Hazard adalah mentalitinya dan tidak ada yang lebih baik menggambarkannya daripada ketawa setelah pasukannya tersingkir dari separuh akhir Liga Juara-Juara.”
“Tak akan berpaling lagi dari sini. Memalukan.”
Love Eden Hazard to death, but this is simply unforgivable.
Hazard’s biggest problem has always been his mentality and nothing better depicts that than the laughing after his team got knocked out of a Champions League semifinal.
There’s no coming back from this. Embarrassing. pic.twitter.com/wsA5J9Fykk
— EiF (@EiFSoccer) May 5, 2021
Fernando Morientes menyarankan agar Hazard tampil memohon maaf selepas apa yang dilakukannya pada wisel penamat itu.
🗣 Fernando Morientes: "Hazard should apologise to Madridistas as soon as possible, for his behaviour after the game (laughing with Chelsea players). [@carrusel]
— Infinite Madrid (@InfiniteMadrid) May 5, 2021
Seterusnya terdapat laporan menyatakan bahawa Real Madrid sedia mendengar tawaran daripada pasukan lain untuk Hazard. Sebelum ini Madrid sudah mempertimbangkan untuk menjual Hazard dengan harga diskaun.
Ini selepas pemain itu masih gagal menunjukkan prestasi yang diidamkan oleh kelab ke atasnya. Selain masalah berat badan, Hazard bergelut dengan kecederaan dalam usahanya mendapatkan prestasi optimum.
Eden Hazard memang seorang pemain yang gila gila dan sikapnya itu dianggap menjadi penghalang kepadanya menjadi pesaing tetap kepada Ronaldo dan Messi.
Hazard memang tak pernah serius
Bekas rakan sepasukan Eden Hazard di Chelsea, Filipe Luiz mendedahkan bahawa Eden Hazard seorang pemain yang sangat berbakat namun beliau tidak bercita cita tinggi.
Itu yang menghalang Eden Hazard menjadi pemain terbaik dunia seperti Lionel Messi.
Luiz menganggap Hazard terlalu kasual dan santai dengan bakat yang beliau miliki. Malah sebelum perlawanan bermula, Hazard sempat bermain seround dua permainan Mario Kart.
Hazard kadangkala memanaskan badannya dengan kasut yang tak diikat.
Luiz berkata: “Eden Hazard adalah sebaris Neymar, pemain terbaik yang saya pernah bermain bersama dalam pasukan – setaraf dengan bakat Lionel Messi.”
“Hazard tidak berlatih bersungguh sungguh. Lima minit sebelum perawanan bermula, dia semat bermain Mario Kart di bilik persalinan.”
“Hazard boleh memanaskan badannya dengan kasut yang tak diikat. Namun di atas padang, tetap tiada seorang pun yang mampu merampas bola daripadanya.”
"He would be playing Mario Kart five minutes before a game!" 🤣
All the talent in the world… but does Eden Hazard lack ambition? 🤔 pic.twitter.com/kRTW1JHxu7
— Goal (@goal) February 22, 2021
“Dia mampu menggelecek melepasi 3 atau 4 orang pemain dan memenangi perlawanan dengan seorang diri.”
“Hazard sangat berbakat. Namun mungkin dia hanya kurang bercita cita tinggi untuk menyatakan: ‘Saya akan menjadi pemain terbaik di dunia’. Kerana sebenarnya dia mampu melakukannya.”
Hazard pernah cetak hatrik dalam keadaan masih mabuk
Hazard memang seorang yang sangat santai dan pernah sekali beliau menjaringkan hatrik selepas mabuk semalaman.
Bekas rakan sepasukannya di Lille, Rio Mavuba berkongsi kisah bagaimana Eden Hazard pernah bermain dalam keadaan masih mabuk tetapi tetap mencetak hatrik dalam masa 30 minit.
Rio Mavuba: "Eden Hazard played for Lille drunk and still scored three in half an hour" https://t.co/x3UB4Si6hb pic.twitter.com/vnNtJhMNAu
— AS English (@English_AS) December 28, 2016
Peristiwa itu berlaku pada 2012, ketika Lille beraksi aksi terakhir liga mereka menentang Nancy.
Pada malam sebelum perlawanan, Hazard mengajak rakan rakannya berparti dan mabuk sehingga lewat pagi. Ianya adalah parti perpisahan Hazard sebelum beliau ke Chelsea dan ianya dihadiri rakan rakannya seperti Joe Cole, Dimitri Payet dan Mathieu Debuchy.
Mavuba berkata “Kami sudah pasti sah berada di tempa ketiga dan Nancy bukan perlawanan penting lagi. Kami pun pergi minum-minum dan pagi harinya Hazard masih mabuk.”
“Dia juga tidak tidur. Eden Hazard minum dan mabuk sepanjang malam, namun mampu membuat hatrik dalam 30 minit. Kami yang sedar cuma saling berpandangan satu sama lain dalam keadaan kehairanan.”