Peminat Real Madrid Dedahkan Video Gerak Perlahan Julian Alvarez Memang Buat ‘Double Contact’

Peminat Real Madrid yakin bahawa Julian Alvarez memang membuat kontak 2 kali ketika melakukan sepakan penalti pada penentuan sepakan penalti.

Ianya selepas VAR menarik balik gol penalti Alvarez yang memberikan kelebihan untuk Real Madrid memenangi aksi pusingan 16 akhir. Alvarez tergelincir ketika mengambil penalti tersebut.

Sebelum ini Diego Simeone mengamuk menyalahkan pengadil dan VAR sebagai punca mereka kalah penentuan penalti.

Simeone mencabar kekurangan bukti konklusif, bertanya dengan nada sangat marah: “Adakah anda melihatnya? Adakah dia menyentuhnya atau tidak? Adakah mana-mana antara kamu di sini melihat Julián menyentuh bola dua kali?Angkat tangan anda. Tunjukkan pada saya buktinya. Siapa yang mengangkat tangan mereka?” Pertanyaannya dibalas senyap dari dalam bilik.

“Tiada tangan yang diangkat. Soalan seterusnya.”

Seorang lagi wartawan cuba bertanya sama ada dia telah bercakap dengan Álvarez tentang kejadian itu, yang mana pengurus itu menjawab, “Saya tidak bercakap dengannya; saya hanya keluar untuk berjalan-jalan ke sana.”

Simeone kemudian mengulas mengenai situasi itu, menyatakan, “Saya baru melihat rakaman itu; mereka mendakwa bahawa ketika dia menendang, dia menyentuh bola dengan kaki sokongannya, tetapi bola tidak bergerak.”

Kemudian beberapa syarikat penyiar menyiarkan video ulang tayang gerak perlahan detik Alvarez menyepak bola tersebut. Peminat Real Madrid menyokong VAR dan tindakan pengadil yang menurut mereka memang tepat.

Peminat juga kagum dengan Kylian Mbappe sebagai sangat peka kerana dia terus mengesan ada dua sentuhan pada penalti Alvarez itu. Dia segera membangkitkan perkara itu kepada pengadil.

ESPN turut menyokong keputusan pengadil sebagai tepat kerana jelas ada sentuhan tambahan kata portal itu.

Thierry Henry juga yakin bahawa Julian Alvarez membuat dua sentuhan ketika penalti itu diambil.

Henry berkata: “Susah nak tengok dengan jelas, tetapi Juliann Alvarez melakukan dua sentuhan,”